Koronavirus

Images
  • bali tourist
    (Gambar: Anadolu Agensi)

Indonesia buka pintu kepada pelawat dari 18 negara mulai 14 Okt

JAKARTA: Indonesia akan membuka pintu kepada para pengunjung dari 18 negara mulai esok (14 Okt). Ini ketika pulau-pulau popular seperti Bali dan Riau cuba menghidupkan semula sektor pelancongan.

Para pengunjung mesti datang dari negara yang mempunyai kadar kes COVID-19 di bawah lima peratus.

Meskipun senarai negara belum didedahkan, ia termasuk Korea Selatan, Jepun, China dan New Zealand.

Tempoh kuarantin di Indonesia juga dikurangkan kepada lima hari berbanding lapan sebelum ini.

Ia disasarkan kepada para pengunjung yang sudah lengkap divaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat dan mempunyai perlindungan insurans bagi jagaan COVID-19.

Mereka juga mesti menampung sendiri kos tempat tinggal semasa kuarantin.

Buat masa ini, hanya warga asing yang mempunyai visa diplomatik atau visa pekerjaan dibenarkan masuk ke Indonesia.

Di Bali, pihak restoran, pusat beli-belah dan pantai-pantai hanya boleh beroperasi pada separuh kapasiti.

Pelitup juga perlu dipakai sepanjang masa ketika berada di luar.

Pembukaan semula Indonesia ditangguhkan beberapa kali tahun ini disebabkan gelombang jangkitan COVID-19 yang turun naik.

Hanya 28 peratus penduduk di Indonesia yang sudah lengkap divaksin, dengan hampir separuh pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

- Agensi berita/RU/fz

Top