Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia beri vaksin COVID-19 kepada pelarian di Jakarta

Indonesia telah meluaskan program vaksinasi COVID-19 untuk meliputi pelarian di ibu kota Jakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia beri vaksin COVID-19 kepada pelarian di Jakarta

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 08 Oct 2021 05:39PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 05:40PM

JAKARTA: Indonesia telah meluaskan program vaksinasi COVID-19 untuk meliputi pelarian di ibu kota Jakarta.

Negara itu menetapkan sasaran untuk memberikan vaksin kepada 700 pelarian setiap hari dengan bantuan Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Majoriti pelarian yang menerima suntikan dos pertama vaksin Sinopharm pada Khamis (7 Okt) berasal dari Afghanistan.

"Saya berbesar hati kerana COVID adalah masalah besar," kata pelarian kaum Hazara dari Afghanistan, Abdul Khayyum Muhammad.

Menurut wakil UNHCR, hanya 2,400 daripada 13,400 pelarian dari 13 negara yang berdaftar di Indonesia sudah lengkap divaksin.

Buat masa ini, program vaksinasi itu hanya terbuka kepada pelarian di Jakarta namun ia akan diluaskan secara berperingkat.

Pelarian Afghanistan membentuk golongan terbesar, dengan 313 orang kesemuanya.

Bagi pihak berkuasa pula, vaksinasi pelarian selaras dengan prinsip kesaksamaan dalam pengagihan vaksin.

"Kami menyedari bahawa keutamaan tentunya kepada warga negara Indonesia. Tetapi kemudian kita sedar, kalau sebahagian daripada penduduk yang ada di kota ini tidak dapat divaksin, maka potensi terjadinya keparahan itu tinggi dan hujungnya harus dilayani di rumah sakit milik kita juga," kata Gabenor Jakarta Anies Baswedan.

Namun vaksinasi bukanlah penawar segala penyakit.

Lebih-lebih lagi untuk mengubat rasa gelisah tentang nasib sekeluarga di kampung halaman.

"Takut ini, takut banyak. (Mengapa?) Itu Taliban mungkin cari-cari di satu-satu rumah itu, orang Hazara dibunuh, begitu," kata Encil Abdul Khayyum.

Setakat Selasa lalu, sekurang-kurangnya 25 peratus daripada 208 juta penduduk Indonesia yang disasarkan, telah menerima satu dos vaksin.

Hanya 10 peratus penduduk Indonesia sudah lengkap divaksin. 

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan