Virus Korona

Images
  • Indonesia
    Indonesia hari ini (25 Sep) mencatat jumlah rekod paling tinggi jangkitan virus korona di negara itu. (Gambar: Reuters)

Indonesia atasi Filipina dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara

JAKARTA: Indonesia pada Khamis (15 Okt) melaporkan 4,411 kes jangkitan baru COVID-19, sekali gus mengatasi Filipina dengan mencatat jumlah kes tertinggi di Asia Tenggara.

Indonesia juga melaporkan 112 lagi kematian akibat COVID-19, dengan angka korban mencecah 12,268.

Filipina melaporkan 348,698 kes dan 6,497 kematian setakat Khamis..

Pada Ahad, Gabenor Jakarta Anies Baswedan mengumumkan bahawa Jakarta akan memulakan tempoh "peralihan" selama dua minggu dengan langkah sekatan untuk membendung virus korona dilonggarkan mulai Isnin, selepas kadar jangkitan meningkat lebih perlahan sepanjang dua minggu lalu.

Sekatan sosial yang lebih ketat sudah dikuatkuasakan semula pada pertengahan September, selepas lonjakan jumlah kes jangkitan virus menyebabkan khidmat kesihatan bandar itu menghadapi tekanan.

Langkah-langkah baru itu membenarkan perniagaan tidak penting untuk beroperasi dari pejabat, tetapi hanya pada separuh had maksimum mereka manakala para pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran dihadkan kepada 50 peratus keupayaan penuh.

Taman dan muzium sudah mula dibuka dengan beberapa sekatan, manakala semua perniagaan perlu mematuhi protokol kebersihan yang ketat dan menyimpan data mengenai para pengunjung bagi tujuan pengesanan kontak.

AstraZeneca bakal menyediakan Indonesia dengan 100 juta vaksin virus korona tahun depan, menurut Menteri Luar Negeri Retno Masrudi pada Rabu (14 Okt).

- REUTERS/NA/na

Top