Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India utamakan keperluan vaksin domestik, minta negara lain bersabar

Institut Serum India (SII), pengeluar terbesar vaksin di dunia, hari ini (21 Feb) meminta pemerintah-pemerintah asing supaya bersabar menunggu bekalan vaksin COVID-19 daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
India utamakan keperluan vaksin domestik, minta negara lain bersabar

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 06:52PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 06:54PM

NEW DELHI: Institut Serum India (SII), pengeluar terbesar vaksin di dunia, hari ini (21 Feb) meminta pemerintah-pemerintah asing supaya bersabar menunggu bekalan vaksin COVID-19 daripadanya.

SII menyatakan ia diarahkan untuk mengutamakan keperluan India.

"Saya dengan rendah diri meminta anda supaya bersabar," kata Ketua Eksekutif SII Adar Poonwalla menerusi catatan Twitter, sambil menambah syarikat itu "diarahkan untuk mengutamakan keperluan besar India dan di samping itu mengimbangi keperluan dunia".

"Kami sedang cuba sedaya mungkin," kata Encik Poonwalla.

Berpusat di Pune, bandar di barat India, syarikat itu sedang menghasilkan vaksin COVID-19 Universiti Oxford dan AstraZeneca, satu daripada dua dos suntikan yang digunakan India untuk memberi vaksin kepada sekitar 300 juta rakyatnya sebagai sebahagian daripada kempen vaksinasi negara.

Banyak negara berpendapatan rendah dan pertengahan, dari Bangladesh hingga ke Brazil bergantung kepada vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh SII, di bawah jenama COVISHIELD.

Namun permintaan kian meningkat, termasuk dari negara-negara Barat seperti Kanada, di mana Encik Poonwalla sudah berjanji untuk mengirimkan COVISHIELD pada bulan depan.

Badan pengawal ubat Britain juga sedang mengaudit proses-proses pengilangan di SII, yang bakal membuka laluan bagi vaksin COVISHIELD dihantar dari negara itu ke Britain dan negara-negara lain.

Pemerintah Perdana Menteri India, Narendra Modi, juga dikritik kerana lambat memulakan kempen vaksinasi tetapi penguasa kesihatan negara itu sedang bersiap sedia untuk meningkatkan jumlah vaksinasi dalam tempoh beberapa minggu mendatang.

India sudah memberikan vaksin kepada sekitar 11 juta penduduknya sejak pertengahan Januari.

Dengan lebih 10.9 juta kes COVID-19 disahkan, India adalah negara kedua di dunia dengan jumlah tertinggi kes COVID-19 selepas Amerika Syarikat.

Negara itu kini melaporkan purata sekitar 12,000 kes jangkitan baru setiap hari, jumlah kecil berbanding yang dilaporkan pada September tahun lalu, menurut analisis Reuters.

Namun pihak berkuasa persekutuan hari ini menyatakan mereka sudah menulis kepada beberapa wilayah yang mengalami jumlah kes yang tinggi, meminta mereka supaya mempertingkat ujian dan memantau mutasi COVID-19.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan