Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India lapor lebih 6,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam

India melaporkan pertambahan lebih 6,000 kes COVID-19 di negara tersebut iaitu yang terbanyak dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
India lapor lebih 6,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 May 2020 06:35PM Dikemas Kini : 22 May 2020 06:36PM

MUMBAI: India melaporkan pertambahan lebih 6,000 kes COVID-19 di negara tersebut iaitu yang terbanyak dalam tempoh 24 jam.

Maharashtra, salah satu wilayah paling teruk terjejas melaporkan kenaikan lebih 2,000 kes buat hari keempat berturut-turut.

Penularan virus COVID-19 di India masih belum dapat dikawal meskipun benua kecil itu menguatkuasakan kepungan ketat seluruh negara sejak dua bulan lalu.

Sungguhpun begitu, kepungan tersebut dilonggarkan sedikit baru-baru ini.

Secara keseluruhannya jumlah kes COVID-19 setakat ini lebih 118,000 dan lebih 3,500 pesakitnya meninggal dunia.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan