India lapor lebih 1,500 kematian akibat COVID-19 dalam 24 jam
India lapor lebih 1,500 kematian akibat COVID-19 dalam 24 jam.
INDIA: India melaporkan lebih 1,500 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Angka korban itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam masa sehari.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu kini hampir mencecah 14.8 juta kes setelah ia mencatatkan rekod 261,000 kes sepanjang tempoh yang sama.
India sedang bergelut untuk menangani penularan beberapa varian virus COVID-19 yang lebih mudah berjangkit.
Semalam Perdana Menteri Narendra Modi mengadakan satu mesyuarat peringkat tinggi bagi menyemak lonjakan pada jumlah jangkitan koronavirus di negara itu.
Dalam catatannya di Twitter, Encik Modi menegaskan usaha memerangi koronavirus perlu dilakukan dengan pantas dan diselaraskan.
Beliau turut meminta pihak berkuasa supaya melakukan sedaya upaya bagi meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.