Skip to main content

Iklan

Iklan

India lapor 38,948 kes baru COVID-19; jumlah kes jangkaui 33 juta

Jumlah kes COVID-19 di India kini melepasi 33 juta, meningkat kepada 33,027,621 pada Isnin (6 Sep) dengan 38,948 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Xinhua yang memetik data terkini kementerian kesihatan persekutuan.

Anggaran Waktu Membaca:
India lapor 38,948 kes baru COVID-19; jumlah kes jangkaui 33 juta

(Gambar: Prakash Singh/AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 05:18PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 05:19PM

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India kini melepasi 33 juta, meningkat kepada 33,027,621 pada Isnin (6 Sep) dengan 38,948 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Xinhua yang memetik data terkini kementerian kesihatan persekutuan.

Selain itu, sebanyak 219 kematian dicatatkan sejak pagi Ahad sekali gus membawa jumlah korban kepada 440,752.

Sebilangan besar kes baru dan kematian dilaporkan di Kerala.

Masih ada 404,874 kes aktif meskipun terdapat pengurangan 5,174 kes dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, sejumlah 32,181,995 penduduk sudahpun sembuh dan dibenarkan keluar hospital dengan jumlah terkini pesakit yang dibenarkan keluar hospital adalah seramai 43,903. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan