Skip to main content

Iklan

Iklan

India lapor 115,000 kes baru COVID-19, lonjakan terbesar sejauh ini

India melaporkan lonjakan terbesar pada jumlah kes harian COVID-19 sejak bermulanya pandemik koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
India lapor 115,000 kes baru COVID-19, lonjakan terbesar sejauh ini

Seorang lelaki jalani ujian swab COVID-19 di New Delhi, India pada 31 Mac 2021 (Gambar: Reuters/Adnan Abidi)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 05:38PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 05:40PM

NEW DELHI: India melaporkan lonjakan terbesar pada jumlah kes harian COVID-19 sejak bermulanya pandemik koronavirus.

Lebih 115,000 kes baru dicatatkan sepanjang 24 jam lalu, membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara itu kepada 12.8 juta kes.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu, India melaporkan lebih 100,000 kes sehari.

Ibu kota New Delhi, serta wilayah Maharashtra dan Uttar Pradesh adalah antara kawasan-kawasan yang paling terjejas teruk akibat pandemik itu.

Pihak berkuasa India memberi amaran tempoh empat minggu akan datang amatlah penting dengan orang ramai digesa supaya mematuhi sekatan-sekatan COVID-19.

Beberapa wilayah India menyeru kepada pemerintah pusat supaya memberikan vaksin kepada semua rakyatnya.

Namun pihak berkuasa menyatakan matlamatnya adalah untuk melindungi golongan lemah.

Tambahnya, vaksin hanya akan diberikan kepada para individu yang memerlukannya dan bukan mereka yang mahukan vaksin tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan