Skip to main content

Iklan

Iklan

India beri 1 bilion suntikan vaksin sejauh ini

India sudah memberikan 1 bilion dos vaksin COVID-19 setakat hari ini (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
India beri 1 bilion suntikan vaksin sejauh ini

Seorang wanita menerima suntikan vaksin COVID-19 di New Delhi, India. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 05:37PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 05:38PM

NEW DELHI: India sudah memberikan 1 bilion dos vaksin COVID-19 setakat hari ini (21 Okt).

Sekitar 75 peratus penduduk dewasa India yang layak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lagi 30 peratus pula sudah lengkap divaksin.

Dalam pada itu, pertambahan kes COVID-19 di India kian merosot kebelakangan ini.

Keadaannya jauh berbeza daripada awal tahun ini apabila beratus ribu penduduk India dijangkiti COVID-19 setiap hari.

Penularan tersebut dipacu oleh varian Delta yang pertama kali dikesan di India tahun lalu.

India melaporkan lebih 14,000 kes baru semalam (20 Okt).

Negara itu merekodkan jumlah keseluruhan 34 juta kes termasuk lebih 450,000 kematian. 

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan