Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IMDA sangkal rakaman audio WhatsApp dakwa COVID-19 boleh 'merebak' melalui kiriman pos

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Sabtu (28 Mac) menyangkal rakaman audio yang disebarkan melalui WhatsApp yang mendakwa bahawa virus korona COVID-19 boleh menular dan merebak melalui kiriman pos.

Anggaran Waktu Membaca:
IMDA sangkal rakaman audio WhatsApp dakwa COVID-19 boleh 'merebak' melalui kiriman pos

Gambar fail kotak surat SingPost di sebuah estet kejiranan. (Gambar: Alif Amsyar)

Diterbitkan : 29 Mar 2020 09:03AM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 09:10AM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Sabtu (28 Mac) menyangkal rakaman audio yang disebarkan melalui WhatsApp yang mendakwa bahawa virus korona COVID-19 boleh menular dan merebak melalui kiriman pos.

Dalam kenyataannya, jurucakap IMDA turut mendedahkan bahawa rakaman itu merujuk kepada nukilan daripada seorang pakar penyakit berjangkit dari Malaysia, namun dakwaan tersebut terbukti tidak benar sama sekali.

"Pakar penyakit berjangkit dari Malaysia itu sudahpun menjelaskan bahawa beliau tidak membuat rakaman tersebut. Pihak berkuasa yang relevan di Malaysia juga sudah menyangkal dakwaan berkenaan," tegas jurucakap IMDA.

IMDA juga menukil pakar penyakit berjangkit dari Singapura, Dr Leong Hoe Nam dari Hospital Mount Elizabeth Novena yang ada mengatakan sebelum ini: "Apabila virus itu terdedah kepada sekitaran yang panas dan lembap di Singapura, ia dengan pantas akan mati.

"Sekalipun jika ada individu yang cuba mensabotaj kiriman pos, virus itu tidak akan dapat bertahan sampai ke peti surat anda. Masa yang diambil untuk melakukan kiriman pos dan bagi virus itu untuk meninggalkan mesin isihan akan membunuh kuman tersebut. 

"Jika kiriman pos anda diiringi dengan ciuman sekalipun, virus itu akan mati apabila ia sampai ke peti surat anda. Sungguhpun demikian, ia adalah satu amalan yang baik untuk mencuci tangan anda selepas menyentuh sebarang kiriman pos."

IMDA menasihati orang ramai supaya merujuk kepada saluran-saluran rasmi seperti laman Kementerian Kesihatan (MOH) dan WhatsApp Gov.sg untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai COVID-19.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/AW/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan