Virus Korona

Images
  • ikea
    (Gambar: Google Street View)

IKEA Tampines, VivoCity & Junction 8 antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

SINGAPURA: Sebilangan pusat beli-belah dimasukkan ke dalam senarai Kementerian Kesihatan (MOH) bagi tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes yang dijangkiti COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka, menurut MOH pada Selasa (15 Sep).

Antara pusat beli-belah itu adalah Hougang Mall, IKEA Tampines, IMM, Junction 8, NEX, Plaza Singapura dan Tiong Bahru Plaza.

Tempat-tempat lain yang turut dikunjungi oleh kes-kes positif termasuk HarbourFront Centre, Lau Pa Sat dan cawangan Burger King di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Senarai tempat baru itu adalah seperti berikut:


Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat bagi kes-kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang berada di tempat-tempat tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari selepas mengunjungi tempat-tempat itu.

"Mereka patut berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkannya kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan virus tersebut," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, tambah MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan mendampingi pihak pengurusan premis yang terjejas untuk menyediakan garis pandu tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 34 kes baru COVID-19 pada hari ini (15 Sep), termasuk enam kes import. 

- CNA/NA/na

Top