Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ikea Tampines, Alexandra akan ditutup dari 7 Apr hingga 4 Mei; penghantaran berjadual diteruskan

Ikea mengumumkan pada Sabtu (4 Apr) bahawa ia akan menutup cawangan-cawangannya di Alexandra dan Tampines dari 7 Apr hingga 4 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikea Tampines, Alexandra akan ditutup dari 7 Apr hingga 4 Mei; penghantaran berjadual diteruskan

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 11:33AM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 12:05PM

SINGAPURA: Ikea mengumumkan pada Sabtu (4 Apr) bahawa ia akan menutup cawangan-cawangannya di Alexandra dan Tampines dari 7 Apr hingga 4 Mei.

Pada Jumaat (3 Apr), pemerintah mengumumkan langkah-langkah untuk memutuskan rantaian jangkitan virus korona COVID-19.

Sungguhpun demikian, para pelanggan masih boleh membeli-belah online tetapi mereka dikehendaki memilih tarikh penghantaran ke rumah masing-masing, bermula 7 Mei.

"Bagi tempahan-tempahan sedia ada, kami sedang menantikan arahan pemerintah dan buat masa ini sedang melakukan penghantaran berdasarkan apa yang sudah dijadualkan sehingga makluman selanjutnya kelak," menurut laman Ikea.

"Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, sesetengah tempahan mungkin mengalami kelengahan."

Langkah-langkah tambahan jarak selamat yang diumumkan Jumaat lalu adalah yang paling ketat sejauh ini, dengan hanya para pembekal yang menyediakan khidmat-khidmat penting dibenarkan beroperasi dari 7 April hingga 4 Mei.

Gergasi perabot dari Sweden itu berdepan dengan jumlah pelanggan yang sangat tinggi pada hujung minggu lalu setelah syarikat tersebut menurunkan kapasiti di kedua-dua cawangannya, selaras dengan peraturan jarak selamat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Ikea juga menasihatkan para pengunjung yang melanggani cawangan-cawangannya di Tampines dan Alexandra sebelum 7 April supaya mengambil kira jumlah pengunjung yang dihadkan pada satu-satu masa dan membataskan tempoh membeli-belah di kedua-dua cawangan tersebut kepada sejam.

Ruang solat, Smaland dan sudut permainan di restoran-restoran Ikea juga akan ditutup buat sementara waktu.

Lebih banyak perincian boleh didapatkan di laman https://www.ikea.com/sg.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan