Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibadah Haji terhad bermula 29 Jul

Ibadah Haji tahun ini yang dihadkan kepada hanya sekitar 1,000 jemaah Muslim sedang Arab Saudi berusaha membendung penularan COVID-19, akan bermula pada 29 Jul, menurut pihak berkuasa pada Isnin (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2020 08:34AM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 09:33PM

RIYADH: Ibadah Haji tahun ini yang dihadkan kepada hanya sekitar 1,000 jemaah Muslim sedang Arab Saudi berusaha membendung penularan COVID-19, akan bermula pada 29 Jul, menurut pihak berkuasa pada Isnin (20 Jul).

Lazimnya, sekitar 2.5 juta orang daripada seluruh dunia mengerjakan ibadah Haji yang berlangsung selama beberapa hari di tanah suci Makkah.

Tahun ini, ibadah Haji akan dilaksanakan di bawah protokol kebersihan yang ketat, dan dihadkan kepada para jemaah di bawah usia 65 tahun dan tidak mempunyai penyakit kronik.

"Jemaah akan berkumpul di Arafah untuk kemuncak ibadah Haji pada Khamis (23 Jul)," menurut Saudi Press Agency menukil Mahkamah Tinggi yang menetapkan Rabu ini sebagai hari pertama ibadah Haji.

Hari pelaksanaan ibadah Haji ditentukan oleh kedudukan bulan, sejajar dengan kalendar Islam.

Pada bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan mengadakan ibadah Haji "amat terhad", satu keputusan berat yang dibayangi risiko politik and ekonomi sedang Saudi berdepan lonjakan dalam jumlah kes jangkitan virus korona.

Arab Saudi mempunyai sekitar 253,349 kes sejauh ini termasuk 2,523 kematian - jumlah tertinggi dalam kalangan negara-negara Teluk Arab.

Meskipun pihak berkuasa Haji berkata ibadah Haji tahun ini akan dihadkan kepada 1,000 orang yang sudah pun ada di negara itu, 70 peratus warga asing dan selebihnya rakyat Saudi, beberapa laporan berita menyatakan 10,000 orang mungkin mengerjakan ibadah Haji tahun ini.

Ia bagaimanapun hanya dihadkan kepada karyawan perubatan dan kakitangan keselamatan yang telah pulih daripada virus itu, menurut kementerian Haji Saudi.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan