Skip to main content

Iklan

Iklan

Hukuman baru cuci tandas bagi mereka yang langgar peraturan jarak sosial di Jakarta

Rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial di ibu kota Jakarta tidak lama lagi mungkin berdepan dengan hukuman membasuh tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman baru cuci tandas bagi mereka yang langgar peraturan jarak sosial di Jakarta

Para pegawai polis mengagihkan pelitup dan cecair basmi kuman untuk tangan bagi mengekang penularan COVID-19 di Depok, pinggir Jakarta. (Gambar: Ajeng Dinar Ulfiana/REUTERS)

Diterbitkan : 13 May 2020 11:40AM Dikemas Kini : 13 May 2020 11:42AM

JAKARTA: Rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial di ibu kota Jakarta tidak lama lagi mungkin berdepan dengan hukuman membasuh tandas.

Membasuh tandas disenaraikan sebagai antara hukuman dalam peraturan baru yang bertujuan memerangi pandemik COVID-19 di kota raya berkenaan.

Sesiapa yang keluar dari rumah tanpa memakai pelitup muka pula boleh didenda sebanyak 250,000 rupiah (S$24), manakala penduduk yang berhimpun di khalayak ramai boleh dihukum membersihkan kemudahan awam termasuk tandas sambil memakai ves memaparkan label 'pelanggar peraturan.'

Syarikat yang tidak mengendahkan arahan penutupan atau melanggar peraturan kesihatan awam pula boleh didenda sehingga 50 juta rupiah (S$4,750) berdasarkan peraturan baru yang dikuatkuasakan minggu ini.

Jakarta, yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk itu, mengenakan perintah berkurung separa bulan lalu apabila jangkitan COVID-19 meningkat dengan mendadak dan para pengkritik memberi amaran tentang bencana kesihatan awam yang akan melanda.

Beberapa bandar lain di Indonesia turut mengenakan sekatan hampir sama tetapi pelanggaran peraturan tetap berlaku dengan berleluasa.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia pada Selasa (12 Mei) mencecah 1,007 dengan hampir 14,749 kes positif keseluruhannya.

Namun, jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi berbanding angka rasmi di negara yang mempunyai lebih 260 juta penduduk itu. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan