Koronavirus

Images

HSA siasat pengedaran tanpa kebenaran kit ART SG Diagnostics

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat perbuatan mengedar dan membekalkan tanpa kebenaran kit Ujian Pantas Antigen (ART) keluaran syarikat SG Diagnostics.

HSA menyatakan ia akan bertindak tegas terhadap penjualan kit ujian itu tanpa kebenaran.

Kit ART keluaran SG Diagnostics hanya untuk kegunaan karyawan jagaan kesihatan yang terlatih.

Sekiranya kit itu digunakan orang-orang yang tidak terlatih, ia mungkin memberi hasil ujian yang tidak tepat, tegasnya.

HSA memberi amaran, keadaan sedemikian boleh menyebabkan pesakit COVID-19, terlewat mendapat rawatan.

Hasil ujian negatif COVID-19 yang salah juga boleh menyebabkan pesakitnya tidak mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi orang di sekelilingnya.

HSA menggesa orang ramai supaya hanya membeli kit ujian COVID-19 yang telah diluluskan bagi ujian kendiri. 

- CNA/MU/fz

Top