Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel lima bintang diwartakan sebagai pusat kuarantin COVID-19 di M'sia

Beberapa hotel lima bintang terkemuka di seluruh Malaysia ditetapkan sebagai pusat kuarantin bagi COVID-19 selepas kerajaan persekutuan mewartakan lagi 63 tapak hari ini (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel lima bintang diwartakan sebagai pusat kuarantin COVID-19 di M'sia

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 08:34PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 09:27PM

KUALA LUMPUR: Beberapa hotel lima bintang terkemuka di seluruh Malaysia ditetapkan sebagai pusat kuarantin bagi COVID-19 selepas kerajaan persekutuan mewartakan lagi 63 tapak hari ini (5 Apr).

Antara kemudahan lima bintang yang diwartakan adalah Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Resort Tanjung Rhu di Langkawi, Hotel Grand Millennium di Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Dorsett Grand Subang di Subang Jaya, demikian menurut laporan Malay Mail.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan langkah itu dalam warta yang disiarkan pada Sabtu (4 Apr).

Kemudahan yang diwartakan itu termasuk universiti awam, kolej masyarakat, institut teknikal, stadium dan hotel-hotel terkemuka, seperti dinukil laporan Malay Mail.

Pengumuman terbaru itu menjadikan jumlah pusat kuarantin yang diwartakan bagi COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 472, menyusuli warta bulan lalu.

Malaysia kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan hingga 14 Apr bagi membendung penularan COVID-19 dalam negara itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan