Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hilang deria rasa dan bau mungkin gejala COVID-19: Kajian

Anda mungkin perlu berjaga-jaga jika kehilangan deria rasa dan bau meskipun tidak sakit.

Anggaran Waktu Membaca:
Hilang deria rasa dan bau mungkin gejala COVID-19: Kajian

(Gambar: Shutterstock)

Diterbitkan : 01 Apr 2020 10:35PM Dikemas Kini : 01 Apr 2020 10:39PM

LONDON: Anda mungkin perlu berjaga-jaga jika kehilangan deria rasa dan bau meskipun tidak sakit.

Menurut satu kajian data ia mungkin cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda
dijangkiti virus COVID-19.

Data itu dikumpul menerusi aplikasi menjejaki simptom yang dihasilkan oleh saintis di Britain dan Amerika Syarikat bagi bantu memantau pandemik COVID-19.

Hampir 60 peratus pesakit yang diuji positif bagi COVID-19 melaporkan hilang kemampuan menghidu dan merasa.

Ini berbanding 18 peratus daripada mereka yang diuji negatif.

Hasil kajian tersebut yang dimuat naik online belum disahkan dan dianalisa pengkaji lain. Namun, ia pengesanan diagnosis yang lebih kukuh setakat ini berbanding gejala COVID-19 biasa yang kerap dilaporkan seperti demam dan batuk kata pengkaji dari King's College London.

Aplikasi tersebut menurut para pengkaji dapat memperlahankan penularan dan mengenal pasti dengan lebih pantas mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19. Ia boleh dimuat turun melalui pautan URL covid.joinzoe.com.

Jika cukup orang menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi simptom yang dihadapi, aplikasi itu juga boleh menyediakan maklumat bernilai kepada sistem jagaan kesihatan, kata para saintis berkenaan.

MODEL MATEMATIK

Menggunakan semua data yang dikumpulkan, pasukan penyelidik itu menghasilkan model matematik untuk mengenal pasti gabungan simptom - daripada kehilangan deria rasa dan bau, demam, batuk berlarutan, lelah, cirit birit, sakit perut hingga hilang selera - paling tepat dalam meramalkan jangkitan COVID-19.

"Apabila digabungkan dengan simptom-simptom lain, individu yang mengalami kehilangan deria rasa dan bau lebih dua kali ganda berkemungkin dijangkiti COVID-19 menurut data kami, dan oleh itu seharusnya mengasingkan diri selama tujuh hari bagi mengurangkan penularan virus itu," kata Tim Spector, profesor di King's College London yang memimpin kajian ini.  

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan