Skip to main content

Iklan

Iklan

HBL harus dijadikan 'sebahagian kehidupan sekolah'; mungkin dua minggu sekali, kata Ong Ye Kung

Pembelajaran Di Rumah (HBL) harus dijadikan sebagai 'sebahagian kehidupan sekolah' untuk menyokong pengajaran dalam bilik darjah, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Ahad (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
HBL harus dijadikan 'sebahagian kehidupan sekolah'; mungkin dua minggu sekali, kata Ong Ye Kung

Gambar fail.

Diterbitkan : 28 Jun 2020 05:49PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 05:52PM

SINGAPURA: Pembelajaran Di Rumah (HBL) harus dijadikan sebagai 'sebahagian kehidupan sekolah' untuk menyokong pengajaran dalam bilik darjah, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Ahad (28 Jun).

"Mungkin dua minggu sekali, boleh diadakan hari HBL," kata Encik Ong.

"Ia boleh dilakukan di rumah atau di sekolah. Hari HBL tidak sepatutnya terlalu padat dengan pembelajaran dan pengajaran kurikulum, ataupun bebas sama sekali sehinggakan para pelajar boleh melakukan apa saja yang mereka mahu."

Encik Ong berkata demikian kepada para guru dan pemimpin pendidikan semasa merasmikan seminar pelan kerja tahunan Kementerian Pendidikan (MOE) di mana beliau menekankan empat bidang yang menjadi tumpuan kementerian tersebut.

Dalam pesanan video yang dimuat naik ke Facebook, beliau berkata bahawa terdapat sesetengah pelajar yang mengatakan kepadanya bahawa mereka gemar belajar di rumah.

"Saya bertanya mengapa, dan mereka berkata bahawa mereka boleh belajar mengikut rentak mereka sendiri, menanyakan soalan kepada guru secara peribadi - tiada tekanan daripada rakan-rakan sebaya," kata Encik Ong, sambil menegaskan bahawa para pelajar, guru dan ibu bapa mereka terpaksa bergelut dengan pembelajaran di rumah semasa tempoh 'circuit breaker' COVID-19.

"Sama seperti kelas dan kursus, kita belajar paling berkesan apabila kita mengamalkan sikap rendah diri. Apabila kita dapat melakukannya, kita juga akan menyedari bahawa HBL adalah satu cara belajar yang berguna kerana ia menggalak para pelajar supaya lebih berdikari,lebih mengutamakan pembelajaran arah diri," tambah Encik Ong. "Ini adalah salah satu kemahiran sepanjang hayat yang paling penting."

Sambil menarik perhatian bahawa Pembelajaran Di Rumah (HBL) bukan pengganti sepenuhnya bagi pembelajaran fizikal di sekolah, Encik Ong berkata: "Perkara munasabah yang perlu dilakukan adalah dengan menyokong pengajaran dalam bilik darjah dengan HBL dan menjadikan HBL sebagai satu ciri pendidikan yang penting dan perlu dibiasakan.

Pembelajaran di rumah akan menjadi lebih berkesan dengan "struktur yang lebih fleksibel", kata Encik Ong, demi membolehkan para pelajar untuk membaca sendiri dan meninjau-ninjau topik di luar kurikulum.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan