Skip to main content

Iklan

Iklan

Hanya rakan sebilik dormitori kes COVID-19 perlu dikuarantin; tempoh pengasingan disingkatkan kepada 10 hari

Langkah-langkah COVID-19 bagi para pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori disemak baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Oct 2021 09:40PM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 10:38PM

SINGAPURA: Langkah-langkah COVID-19 bagi para pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori disemak baru-baru ini.

Ia bertujuan mengurangkan gangguan pada pekerjaan dan kehidupan mereka serta menumpukan sumber-sumber perubatan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menurut pihak berkuasa, hanya rakan sebilik seseorang yang positif COVID-19 akan dikenakan Perintah Kuarantin.

Sebelum ini, para penghuni di seluruh blok atau bahagian dormitori mungkin dikuarantin.

Namun lingkaran kuarantin lebih luas mungkin dikenakan sekiranya terdapat kelompok besar.

Tempoh pengasingan juga dikurangkan daripada 14 kepada 10 hari dari tarikh terdedah kepada pesakit berkenaan.

Pekerja berkenaan akan menjalankan ujian pantas antigen ART antara hari ke-11 dengan 14.

Untuk mengurangkan gangguan kepada para pekerja, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memperkenalkan penggunaan ujian ART saja untuk ujian berjadual.

MOM juga akan membenarkan pekerja positif COVID-19 yang sudah lengkap divaksin dan tidak mengalami gejala untuk pulih di kemudahan khas di pekarangan dormitori.

Para pekerja yang bergejala pula akan menjalani ujian pengesahan rantaian tindak balas polimerase (PCR) dan dipindahkan ke kemudahan jagaan masyarakat atau hospital. 

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan