Skip to main content

Iklan

Iklan

Hanya pintu utama Masjidil Haram dibuka; larangan bersolat di pekarangannya masih dikuatkuasakan

Semua pintu masuk Masjidil Haram di Tanah Suci kecuali pintu-pintu utama akan terus ditutup, menurut laporan Saudi Press Agency yang menukil arahan daripada Ketua Majlis Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya pintu utama Masjidil Haram dibuka; larangan bersolat di pekarangannya masih dikuatkuasakan

(Gambar: Facebook/Haramain)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 02:31PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 02:34PM

MAKKAH: Semua pintu masuk Masjidil Haram di Tanah Suci kecuali pintu-pintu utama akan terus ditutup, menurut laporan Saudi Press Agency yang menukil arahan daripada Ketua Majlis Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Majlis Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk membendung penularan COVID-19 dan menjaga keselamatan para jemaah dan pengunjung Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette.

Langkah-langkah pencegahan virus korona itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan di Masjidil Haram.

Ahad lalu, sejadah dan permaidani di dewan solat Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah dibawa keluar daripada kedua-dua masjid sebagai langkah berwaspada, sejajar dengan arahan Sheikh Al-Sudais.

Sementara itu, perintah yang melarang para jemaah daripada memasuki dan bersolat di pekarangan kedua-dua masjid tersebut yang digantung pada Jumaat lalu masih terus dikuatkuasakan.

Sumber : Agensi berita/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan