Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir separuh kes masyarakat COVID-19 tanpa kaitan dikesan pasca 'circuit breaker' dari sektor binaan

Hampir separuh daripada kes-kes COVID-19 yang tidak mempunyai kaitan dalam masyarakat dikesan selepas "tempoh pemutus rantaian jangkitan" dilonggarkan adalah daripada sektor binaan atau kegiatan berkaitan binaan, menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Selasa (7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir separuh kes masyarakat COVID-19 tanpa kaitan dikesan pasca 'circuit breaker' dari sektor binaan

 (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 11:31PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 11:32PM

SINGAPURA: Hampir separuh daripada kes-kes COVID-19 yang tidak mempunyai kaitan dalam masyarakat dikesan selepas "tempoh pemutus rantaian jangkitan" dilonggarkan adalah daripada sektor binaan atau kegiatan berkaitan binaan, menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Selasa (7 Jul).

Bercakap di sidang media, Encik Wong memberitahu para wartawan bahawa 60 peratus daripada kes-kes dalam masyarakat sejak Fasa 1 pembukaan semula Singapura adalah kes-kes yang mempunyai kaitan, manakala sekitar 40 peratus pula tiada kaitan sama sekali.

Sebahagian besar daripada kes-kes tanpa sebarang kaitan adalah daripada sektor binaan yang dikenal pasti melalui "pemantauan aktif", jelas beliau.

"Dalam erti kata lain, ujian proaktif kami dan ujian berkala terhadap para pekerja binaan setiap 14 hari, ini kerana kami melaksanakan rejim ini, sebab itulah kami dapat mengesan para pekerja ini dan mengenal pasti mereka," kata Encik Wong.

Sekitar dua pertiga daripada pekerja asing tersebut diuji positif hasil ujian serologi, bermakna ia adalah "jangkitan lebih lama" dan bukan baru, tambah beliau.

"Ini tidak mengejutkan, kerana kami baru saja melepasi tempoh di mana wujud jumlah jangkitan tinggi dalam seluruh industri binaan."

Bagaimanapun, beliau menambah "jumlah hasil positif COVID-19 yang berterusan" dalam kalangan pekerja binaan "mengingatkan kita tentang perlunya untuk terus berwaspada bagi sektor ini".

Bagi menanganinya, dua perkara perlu dilakukan: Pertama, pembersihan dormitori "secara aktif" dan kedua, bagi memastikan kontraktor melaksanakan amalan pengurusan yang selamat dan baru.

Kegiatan binaan secara lumrah memerlukan "banyak sentuhan" dan "banyak interaksi", dengan pekerja daripada berbilang bidang bersatu dan berhubung dengan rapat di tapak binaan atau di ruang yang tertutup, kata Encik Wong.

Beliau menambah pasukan bertindak berbilang kementerian "mendampingi industri tersebut" dan menyediakan sokongan tambahan bagi mempersiapkan kontraktor bagi memulakan semula kegiatan binaan.

Lebih 45,000 kes COVID-19 disahkan di Singapura setakat sehingga 12.00tengah hari Selasa. Sejumlah 157 jangkitan baru dilaporkan pada Selasa, termasuk 20 kes dalam masyarakat.

Sumber : CNA/IM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan