Skip to main content

Iklan

Iklan

Hampir 200,000 rakyat Palestin perlu bantuan kesihatan susulan konflik Gaza: WHO

"Kehidupan rakyat Palestin semakin sukar, banyak yang terkesan dengan konflik itu dan amat memerlukan bantuan serta menghadapi ancaman kesihatan lain seperti COVID-19," kata wakil WHO di Mediterran Timur Rik Peeperkorn.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 200,000 rakyat Palestin perlu bantuan kesihatan susulan konflik Gaza: WHO

(Gambar: Mohammed ABED/AFP)

Diterbitkan : 03 Jun 2021 04:24PM Dikemas Kini : 03 Jun 2021 04:38PM

KAHERAH: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (2 Jun) memberi amaran "keperluan kesihatan mendesak" di wilayah Palestin yang ditakluki selepas pertempuran 11 hari antara Israel dan Hamas, bulan lalu.

Menurut pejabat serantau agensi itu bagi Mediterranean Timur, "WHO sedang mempertingkatusaha untuk menyediakan bantuan kesihatan kepada hampir
200,000 orang di Wilayah Palestin yang ditakluki (OPT)" yang merangkumi Tebing Barat.

"Keadaan di negara itu tidak menentu. WHO tetap prihatin dan menggesa bagi akses kesihatan tanpa had ke Gaza untuk menyalurkan bekalan serta kakitangan penting berkaitan kemanusiaan dan pembangunan ke Gaza serta rujukan supaya pesakit yang kritikal dibawa keluar untuk rawatan," kata wakil WHO Rik Peeperkorn.

Ketegangan antara Israel dan Palestin selama 11 hari berakhir dengan gencatan senjata 21 Mei lalu.

Serangan Israel membunuh 254 penduduk Palestin termasuk 66 kanak-kanak.

Israel pula mengalami 12 kehilangan jiwa termasuk seorang kanak-kanak, seorang remaja dan seorang askar.

"Lebih 77,000 orang hilang tempat tinggal dan kira-kira 30 kemudahan kesihatan juga musnah," kata WHO dalam kenyataan itu.

Israel mula menyekat laluan laut Gaza pada 2007, sekali gus menyukarkan kehidupan sekitar dua juta rakyat Palestin di wilayah itu.

Hanya laluan menerusi Rafah menjadi penghubung dunia luar yang tidak dikuasai Israel.

"Kehidupan rakyat Palestin semakin sukar, banyak yang terkesan dengan konflik itu dan amat memerlukan bantuan serta menghadapi ancaman kesihatan lain seperti COVID-19," kata Encik Peeperkorn.

Pada 31 Mei lalu, agensi kesihatan itu juga mengesahkan sebanyak 337,191 kes positif COVID-19 di OPT dan 3,765 kematian dilaporkan, malah peningkatan kes berlaku di Gaza dalam tempoh beberapa minggu.

WHO sebelum ini merayu bantuan sekitar AS$7 juta (S$9.27 juta) untuk membiayai bantuan kesihatan di Palestin namun hanya memperoleh AS$2.3 juta (S$3.04 juta).  

Sumber : AFP/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan