Skip to main content

Iklan

Iklan

Gunakanlah cuti sekolah pertengahan tahun ini untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan, nasihat PM Lee

Meskipun rakyat Singapura dinasihatkan supaya jangan keluar rumah selagi tidak perlu sepanjang tempoh 'circuit breaker' ini, keluarga-keluarga di sini digalakkan supaya memanfaatkan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunakanlah cuti sekolah pertengahan tahun ini untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan, nasihat PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Meskipun rakyat Singapura dinasihatkan supaya jangan keluar rumah selagi tidak perlu sepanjang tempoh 'circuit breaker' ini, keluarga-keluarga di sini digalakkan supaya memanfaatkan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan melakukan aktiviti secara bersama di rumah.

Ini lebih-lebih lagi selepas Kementerian Pendidikan (MOE) memutuskan untuk mempercepatkan cuti sekolah pertengahan tahun yang diharap akan memberi peluang kepada para guru, ibu bapa dan anak-anak mereka untuk berehat seketika selepas menyesuaikan diri dengan pembelajaran di rumah (HBL) yang diperkenalkan semasa tempoh 'circuit breaker' itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberikan nasihat itu melalui catatan Facebooknya pada Selasa (5 Mei) sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang bermula hari ini.

Dalam catatannya itu, PM Lee turut mengambil kesempatan untuk berkongsi antara aktiviti yang bakal ditawarkan semasa musim cuti sekolah ini.

"MOE akan memuat naik ke laman Facebooknya mengenai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah setiap hari. Pustakawan kita @nationallibrarysg akan mengadakan sesi bercerita dalam empat bahasa pada setiap hari untuk kanak-kanak kecil melalui laman Facebook @publiclibrarysg," tulis PM Lee dalam catatan Facebooknya itu.

Sesetengah murid dan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan nasional pada tahun ini, mereka akan kembali ke sekolah pada 19 Mei.

"Bagi murid dan pelajar lain pula, apabila sekolah-sekolah anda dibuka semula kelak, saya pasti anda tidak sabar untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sedarjah dan guru anda," menurut PM Lee lagi sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan