Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Guardiola, Messi sumbang derma S$1.57 juta bagi tangani virus korona

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan penyerang Barcelona, Lionel Messi masing-masing menyumbang derma bernilai sejuta euro (S$1.57 juta) terhadap usaha menentang pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Guardiola, Messi sumbang derma S$1.57 juta bagi tangani virus korona

Lionel Messi. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 11:48AM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 11:55AM

BARCELONA: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan penyerang Barcelona, Lionel Messi masing-masing menyumbang derma bernilai sejuta euro (S$1.57 juta) terhadap usaha menentang pandemik COVID-19.

Sumbangan Messi akan dibahagikan antara Hospital Clinic di Barcelona dan satu lagi pusat perubatan di kampung halamannya, menurut laporan Marca.

“Leo Messi membuat sumbangan derma kepada klinik bagi melawan virus korona. Terima kasih banyak Leo atas komitmen dan sokongan anda,” menurut Hospital Clinic di laman media sosialnya.

Bekas pemain dan pengurus Barcelona, Guardiola pula memberi sumbangannya kepada kempen yang dilancarkan oleh Yayasan Angel Soler Daniel dan Kolej Perubatan Barcelona.

“Pep Guardiola menyumbang sejuta euro (S$1.57 juta) kepada Yayasan Angel Soler Daniel untuk mendapatkan bekalan peralatan kesihatan bagi menangani pandemik COVID-19.

“Kempen pungutan derma itu dilancarkan Kolej Perubatan Barcelona dan diuruskan oleh Yayasan Angel Soler Daniel yang menyasarkan untuk mengumpul derma bagi membeli peralatan perubatan yang boleh digunakan oleh pusat-pusat perubatan di Catalunya."

Sepanyol adalah negara kedua paling teruk terjejas di Eropah selepas Itali dilanda COVID-19, mencatat 2,696 kematian dan hampir 40,000 kes positif.

Catalunya, tempat Guardiola dilahirkan dan tempat tinggal Messi sejak menyertai Barcelona pada usia 13 tahun adalah antara wilayah paling teruk terjejas di negara itu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan