Skip to main content

Iklan

Iklan

Grab larang penumpang duduk di depan di bawah langkah COVID-19 lebih ketat

Penumpang Grab tidak lagi dibenarkan duduk di tempat depan bersebelahan pemandu, kata khidmat kereta sewa itu pada Selasa (2 Jun) sebagai sebahagian langkah untuk mengurangkan penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab larang penumpang duduk di depan di bawah langkah COVID-19 lebih ketat

(Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 08:51PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 08:56PM

SINGAPURA: Penumpang Grab tidak lagi dibenarkan duduk di tempat depan bersebelahan pemandu, kata khidmat kereta sewa itu pada Selasa (2 Jun) sebagai sebahagian langkah untuk mengurangkan penularan COVID-19.

Rangkaian langkah-langkah dipanggil GrabProtect itu akan dipekenalkan secara bertahap-tahap di Singapura mulai hujung bulan depan, tambahnya dalam satu kenyataan media.

Pemandu, kakitangan penghantaran dan penumpang harus mengisi pernyataan kesihatan dan kebersihan diri online di aplikasi Grab sebelum setiap perjalanan.

Pemandu dan kakitangan penghantaran juga akan diminta mengambil selfie diri sendiri memakai pelitup.

Sekarang ini, mereka hanya dikehendaki membuat perisytiharan kesihatan setiap hari.

"Pandemik COVID-19 telah mewujudkan kesedaran keselamatan dan kebersihan yang lebih tinggi di semua industri," kata ketua operasi serantau Grab, Russell Cohen.

"Ciri keselamatan sememangnya menjadi nilai utama di Grab dan dengan program seperti GrabProtect, kami menetapkan aras yang lebih tinggi untuk piawai kebersihan dalam perjalanan.

"Bersama dengan rakan pemandu, kami dapat membantu menerapkan kebiasaan kebersihan baru sebelum perjalanan bermula," jelas beliau.

Kedua-dua, pemandu dan penumpang boleh membatalkan perjalanan jika salah satu pihak tidak memakai pelitup atau
kelihatan tidak sihat.

Tiada bayaran denda dikenakan sekiranya pembatalan dibuat atas kedua-dua sebab tersebut.

Grab menambah ia juga mengemas kini sistem penilaiannya bagi membolehkan pengguna memberi maklum balas selepas setiap interaksi seperti sama ada pemandu atau pelanggan mengamalkan tahap kebersihan yang baik atau mengambil langkah-langkah termasuk penghantaran tanpa sentuhan.

"Grab akan mengambil semua tindakan yang perlu termasuk menggantung akaun pemandu dan penumpang yang didapati tidak melakukan langkah berjaga-jaga dengan betul untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan penggunaan," tambahnya lagi.

Grab menyatakan ia akan meneroka kerjasama dengan pengeluar dan pembekal pelitup untuk memudahkan pemandu dan kakitangan penghantaran untuk membeli produk kebersihan dengan harga potongan.

"Grab akan terus menyemak langkah dan dasar-dasarnya, sesuai dengan perkembangan keadaan," kata syarikat itu. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan