Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Golongan miskin M'sia semakin tertekan angkara pandemik

Dengan pandemik COVID-19 berlarutan, golongan miskin di Malaysia juga semakin tertekan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2021 05:04PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 08:43PM

MALAYSIA: Dengan pandemik COVID-19 berlarutan, golongan miskin di Malaysia juga semakin tertekan.

Dapur-dapur bantuan di ibu kota Kuala Lumpur melaporkan lonjakan jumlah keluarga yang bergelut untuk mendapatkan makanan pada bulan Ramadan sekarang.

Setiap hari, para sukarelawan di Kuala Lumpur sibuk untuk menyiapkan makanan bagi golongan miskin dan gelandangan.

Pengasas sebuah dapur bantuan, Cik Munirah Abdul Hamid berkata sebelum ini mereka perlu menyediakan 300 kotak makanan sehari.

Namun kini sejak pandemik COVID-19, 400 kotak makanan pun tidak mencukupi.

Ini kerana jumlah mereka yang beratur untuk mendapatkan makanan semakin menambah.

Ini meskipun Cik Munirah menasihati mereka agar tidak membawa anak-anak mereka, di tengah-tengah pandemik ini.

Beliau menambah kebanyakan golongan gelandangan perlu mengelakkan daripada jatuh sakit kerana keadaan tempat tinggal yang teruk dan risiko jangkitan yang tinggi.

Mentelah lagi, mereka tidak diutamakan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jika berusia di bawah 60 tahun.

Cik Munirah menyarankan kerajaan Malaysia memberikan vaksin satu dos kepada golongan gelandangan seperti vaksin buatan Cansino atau Johnson and Johnson.

Sementara itu, beliau dan pasukan sukarelawannya berikrar untuk memastikan tiada yang akan kelaparan terutama sekali dalam bulan puasa ini.

Sumber : Agensi berita/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan