Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Genting setiap rakyat S'pura jaga kebersihan diri, persekitaran; tegas Masagos Zulkilfi

Perubahan memerlukan masa, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, sungguhpun demikian ia akan meletakkan seluruh masyarakat dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengatasi virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Genting setiap rakyat S'pura jaga kebersihan diri, persekitaran; tegas Masagos Zulkilfi

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Perubahan memerlukan masa, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, sungguhpun demikian ia akan meletakkan seluruh masyarakat dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengatasi virus korona COVID-19.

Menulis di Facebook beliau pada Jumaat (14 Feb), Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam meluahkan rasa gembira melihat penduduk mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam usaha membendung penularan virus tersebut.

Khususnya, semasa kunjungan Encik Masagos ke Masjid Angullia semalam untuk merasmikan pembukaan semula masjid itu, beliau melihat ramai jemaah membawa sejadah mereka sendiri dan memberi salam antara satu sama lain secara mesra sekalipun tidak berjabat tangan tetapi dengan setakat meletakkan tangan di hati.

Seperti para jemaah, Menteri Masagos juga membawa sejadahnya sendiri untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Angullia pada 14 Feb 2020. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Seperti para jemaah, Menteri Masagos juga membawa sejadahnya sendiri untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Angullia. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

"Saya diberitahu masjid-masjid juga telah meningkatkan usaha mencuci dan membersihkan ruang awam di sekitarannya," kata Encik Masagos. 

Beliau menekankan bahawa semua langkah sedemikan "amat penting" di tengah-tengah wabak yang membelenggu negara sekarang semoga kesejahteraan masjid-masjid tidak terjejas dengan virus tersebut lantas membolehkan umat Islam terus beribadah.

Pada Jumaat, dua kes jangkitan COVID-19 sudahpun dibenarkan keluar dari hospital dan membawa jumlah keseluruhan pesakit yang pulih kepada 17. Pun begitu, Singapura mempunyai sembilan kes baru yang disahkan dijangkiti virus tersebut.

Maka itu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) sudahpun mengaktifkan semula Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) dalam usaha untuk mengenal pasti selain mengawal jangkitan COVID-19.

"Di tengah-tengah pengumuman kes-kes baru, sangat genting untuk setiap warga menjaga kebersihan diri dan sekitaran kita. Ini juga tanggungjawab kita untuk bersama-sama membantu Singapura mengekang penularan penyakit ini," tegas Encik Masagos.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan