Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gaji Presiden, menteri dan pemegang jawatan politik S'pura dipotong 2 bulan lagi

Gaji semua menteri dan pemegang jawatan politik akan dipotong buat dua bulan lagi. Ini bermakna, secara keseluruhan gaji mereka dipotong selama tiga bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji Presiden, menteri dan pemegang jawatan politik S'pura dipotong 2 bulan lagi

(Gambar fail: Hani Amin)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 05:58PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 06:02PM

SINGAPURA: Gaji semua menteri dan pemegang jawatan politik akan dipotong buat dua bulan lagi. Ini bermakna, secara keseluruhan gaji mereka dipotong selama tiga bulan.

Bulan lalu, sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Singapura dalam menghadapi krisis COVID-19, gaji para menteri dan pemegang jawatan politik dipotong sebulan.

Berucap di akhir kenyataan menteri mengenai pakej rangsangan kedua untuk membantu negara mengatasi penularan COVID-19, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan di Parlimen hari ini (26 Mac) bahawa semua pemegang jawatan politik dipotong gaji selama tiga bulan, susulan keadaan COVID-19 yang semakin buruk.

Presiden Halimah Yacob, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan dua timbalannya, Encik Lim Biow Chuan dan Encik Charles Chong, menawarkan diri untuk melakukan perkara sama.

"Dalam masa-masa sukar inilah, keperibadian negara ini begitu ketara. Kita sama-sama harungi cabaran ini," kata Encik Heng.

Pemerintah mengumumkan pada Februari bahawa elaun semua Anggota Parlimen juga dipotong sebulan.

Gaji sebilangan pegawai kanan perkhidmatan awam turut dipotong setengah bulan. Mereka yang dimaksudkan termasuk setiausaha tetap, timbalan setiausaha dan ketua-ketua eksekutif lembaga-lembaga berkanun.

Di tengah-tengah penularan COVID-19, beberapa syarikat besar Singapura juga mengumumkan potongan gaji bagi pengurusan kanan, selain mengambil langkah-langkah lain untuk mengurangkan kos.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan