Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Elak mutasi COVID-19, Hong Kong larang penerbangan dari India, Pakistan & Filipina

Elak mutasi COVID-19, Hong Kong larang penerbangan dari India, Pakistan dan Filipina.

Anggaran Waktu Membaca:
Elak mutasi COVID-19, Hong Kong larang penerbangan dari India, Pakistan & Filipina

Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. (Gambar: Reuters/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 05:00PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 05:04PM

HONG KONG: Hong Kong akan menggantung sementara penerbangan dari India, Pakistan, dan Filipina selama dua minggu mulai Selasa (20 Apr) setelah virus mutasi N501Y COVID-19 dikesan di pusat kewangan Asia itu buat pertama kalinya, menurut satu kenyataan pihak berkuasa pada lewat Ahad.

“Ketiga-tiga negara itu akan disenaraikan sebagai "risiko sangat tinggi" setelah ada beberapa kes import yang membawa jenis virus itu ke Hong Kong dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini,” kata pemerintah.

Bandar tersebut melaporkan 30 kes baru koronavirus pada hari Ahad, 29 daripadanya diimport. Ia merupakan jumlah kes harian tertinggi sejak 15 Mac. Hong Kong melaporkan lebih 11,600 kes jangkitan sejauh ini dengan 209 kematian.

Pihak berkuasa Hong Kong telah menggesa penduduk supaya mendapatkan vaksinasi COVID-19. Namun, hanya sekitar 9 peratus daripada 7.5 juta penduduk Hong Kong telah divaksinasi sejauh ini.

Minggu lalu, pemerintah Hong Kong memperluas skim vaksinasi COVID-19 di bandar tersebut untuk pertama kalinya dengan melibatkan mereka yang berusia antara 16 hingga 29 tahun. Ini dilakukan dengan tujuan untuk meningkatkan permintaan vaksinasi dalam kalangan penduduk.

Syarikat-syarikat penerbangan yang terjejas akibat larangan Hong Kong terhadap pelancong dari India, Pakistan, dan Filipina termasuk Cathay Pacific, Hong Kong Airlines, Vistara, dan Cebu Pacific. 

Sumber : Reuters/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan