Skip to main content

Iklan

Iklan

Elak berenang, berbasikal, lakukan PE selepas suntikan vaksin COVID-19, nasihat MOH

Kegiatan lasak seperti berenang, berbasikal dan berlari seharusnya dielakkan buat seminggu selepas menerima suntik dos pertama dan kedua vaksinasi COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam nasihat terkininya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2021 06:19PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 10:22PM

SINGAPURA: Kegiatan lasak seperti berenang, berbasikal dan berlari seharusnya dielakkan buat seminggu selepas menerima suntik dos pertama dan kedua vaksinasi COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam nasihat terkininya.

Berlari-lari anak, mengangkat besi yang berat, sukan kompetitif, pendidikan fizikal serta sukan-sukan bola dan raket juga seharusnya dielakkan.

Menurut MOH, kegiatan fizikal yang dianggap "selamat" termasuk senaman regangan atau bekerja sambil berdiri, "berjalan santai" dan kerja rumah.

Makluman terkini MOH itu dikeluarkan menyusuli satu saranan yang dikemas kini pada Isnin (5 Jul) yang menasihatkan mereka yang sudah divaksinasi agar mengelakkan daripada melakukan senaman mahupun kegiatan fizikal lasak selama seminggu selepas menerima dos suntikan vaksin.

Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-10 menyatakan pada Isnin bahawa makluman itu khusus bagi golongan remaja dan lelaki berusia bawah 30 tahun.

Dalam saranannya sebelum ini pada 11 Jun, jawatankuasa tersebut memberi amaran terhadap melakukan kegiatan fizikal lasak selama seminggu selepas dos kedua.

Makluman baru itu disediakan di tengah-tengah "data yang muncul mengenai risiko kecil miokarditis dan perikarditis" yang dikesan berlaku selepas vaksinasi menggunakan vaksin COVID-19 mRNA, tambah jawatankuasa pakar itu.

MOH menyatakan pada Isnin bahawa ia sedang menyiasat satu kes melibatkan seorang budak lelaki 16 tahun yang mengalami serangan jantung enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.

MOH menyatakan ia dimaklumkan tentang insiden itu pada Sabtu (3 Jul) oleh Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Remaja itu dirawat di KTPH selepas dia rebah di rumah pada sebelah pagi, berikutan kegiatan mengangkat berat di gim.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) di mana dia kini dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

MOH menyatakan remaja itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty pada 27 Jun. Dia diperiksa oleh kakitangan jagaan kesihatan terlatih dan disahkan layak untuk menerima vaksinasi COVID-19. Selepas tempoh pemerhatian di pusat vaksinasi selama 30 minit, dia didapati berada dalam keadaan baik.

Menurut MOH, remaja itu juga sihat sepanjang lima hari selepas vaksinasi tersebut.

"Sebelum dia rebah pada 3 Julai, dia mengangkat berat di gim. MOH difahamkan bahawa dia berlatih angkat besi yang amat berat melebihi berat badannya," menurut kementerian itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan