Koronavirus

Images
  • MRT no talking
    (Gambar: SMRT/Facebook)

Elak berbual dalam MRT demi kurangkan risiko penularan COVID-19

SINGAPURA: Mulai esok (31 Mac), apabila anda menaiki MRT dan jika anda didapati berbual-bual, anda mungkin akan ditegur oleh kakitangan stesen kereta api yang membawa poster yang tertera mesej: "Elakkan daripada berbual-bual".

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan SMRT untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 dan memberikan khidmat lebih baik kepada para penumpang.

Menurut SMRT menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini (30 Mac), poster-poster itu bertujuan untuk mengingatkan para penumpang supaya jangan banyak bercakap semasa menaiki kereta api.

"Para penumpang mungkin sekali-sekala terlupa dan kami mahu mengingatkan mereka dengan cara yang baik," menurut SMRT, sambil menambah ia juga akan membantu menjadikan pengangkutan awam lebih selamat.

- BERITAmediacorp/NK/nk

Top