Skip to main content

Iklan

Iklan

Dilapor kaup untung berlebihan, penjual online EKSK Mall mohon maaf, henti jual pelitup N95

Penjual online EKSK Mall berhenti menjual pelitup N95 di Internet dan memohon maaf setelah ia disoal pihak berkuasa berhubung amalan menetapkan harga perniagaannya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dilapor kaup untung berlebihan, penjual online EKSK Mall mohon maaf, henti jual pelitup N95

(Gambar: Jonathan J Castellon/Unsplash)

Diterbitkan : 11 May 2020 09:41PM Dikemas Kini : 11 May 2020 09:44PM

SINGAPURA: Penjual online EKSK Mall berhenti menjual pelitup N95 di Internet dan memohon maaf setelah ia disoal pihak berkuasa berhubung amalan menetapkan harga perniagaannya itu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (11 Mei), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), menyatakan bahawa pihaknya mengeluarkan surat tuntutan kepada peruncit, EKSK Mall, pada 23 April, setelah terdapat aduan daripada pelanggan bahawa ia mengaup untung berlebihan daripada penjualan pelitup di beberapa laman e-dagang.

Lima hari kemudian, kedai itu menjelaskan bagaimana pihaknya menetapkan harga bagi pelitup yang dijualnya, termasuk nisbah harga kos dan keuntungan, menurut MTI.

Ia juga meminta maaf dan berhenti menjual pelitup.

Oleh yang demikian, tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap EKSK Mall buat masa ini, menurut MTI. Kementerian itu menambah bahawa pihaknya akan terus memantau bagaimana penjual itu menetapkan harga barangannya.

MTI menyatakan bahawa Pemerintah memandang serius sebarang percubaan untuk mengaup untung berlebihan.

 "Kami mengingatkan semua perniagaan untuk mengamalkan tanggungjawab sosial korporat dan tidak mengambil kesempatan atas keadaan COVID-19," ujarnya.

Orang ramai boleh melaporkan mana-mana penjual yang berbuat demikian kepada Persatuan Pengguna Singapura (CASE) di talian 6100 0315.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan