Skip to main content

Iklan

Iklan

Dana Bantuan Pemandu COVID-19 dilanjutkan 3 bulan; pemerintah tokok S$40 juta

 Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pemandu teksi serta khidmat kereta sewa privet dengan tokokan dana tambahan S$40 juta daripada pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2021 10:47PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 10:50PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pemandu teksi serta khidmat kereta sewa privet dengan tokokan dana tambahan S$40 juta daripada pemerintah.

Dana Bantuan Pemandu COVID-19 dilanjutkan tiga bulan mulai bulan depan. Lebih daripada 50,000 pemandu dijangka mendapat manfaatnya.

Di bawah dana yang dilanjutkan itu, pemandu akan menerima S$300 setiap bulan bagi setiap kenderaan mulai Julai selama dua bulan dan S$150 setiap bulan bagi setiap kenderaan dalam bulan ketiga.

Ini bermakna pemandu akan menerima bantuan S$10 sehari selama dua bulan dan S$5 sehari dalam bulan ketiga.

Para pengendali teksi juga akan terus memberi pengecualian sewa yang sepadan, berjumlah sekurang-kurangnya S$12 juta bagi tempoh lanjutan dana tersebut.

Sumber : CNA/NZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan