Skip to main content

Iklan

Iklan

Cuti sekolah akan bermula 5 Mei, peperiksaan Bahasa Ibunda GCE dijadualkan semula

Cuti sekolah bulan Jun akan dianjakkan lebih awal ke 5 Mei menyusuli lanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan hingga 1 Jun, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuti sekolah akan bermula 5 Mei, peperiksaan Bahasa Ibunda GCE dijadualkan semula

(Gambar: Charly Triballeau/AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2020 11:01PM Dikemas Kini : 21 Apr 2020 11:11PM

SINGAPURA: Cuti sekolah bulan Jun akan dianjakkan lebih awal ke 5 Mei menyusuli lanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan hingga 1 Jun, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (21 Apr).

Ini meliputi semua pelajar tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pra-universiti, termasuk para pelajar daripada sekolah pendidikan khas MOE.

"Sementara pembelajaran di rumah (HBL) sedang berjalan lancar, ia merupakan tempoh mencabar yang memerlukan kerja keras dan penyesuaian oleh para ibu bapa, pelajar dan guru," menurut MOE dalam satu kenyataan media.

"Cuti sekolah Jun lebih awal akan memberi masa untuk semua berehat. Ia juga memberi kami masa supaya sekolah-sekolah boleh dibuka semula pada Jun dengan langkah-langkah sekatan yang dikurangkan."

Pembelajaran akan disambung semula pada 2 Jun, dan butiran lanjut mengenai format pembelajaran ini - sama ada dalam kelas secara fizikal atau pembelajaran separa atau sepenuhnya di rumah - akan didedahkan kelak.

Perubahan itu bermakna tempoh Penggal 3 persekolahan adalah lebih lama namun tempoh cuti pertengahan penggal selama seminggu akan diadakan antara 20 dengan 26 Julai. Penggal ketiga akan berakhir pada 6 Sep.

Perubahan kalendar akademik adalah seperti berikut:

5 Mei hingga 1 Jun: Cuti sekolah
2 Jun: Permulaan Penggal 3
20 hingga 26 Jul: Cuti pertengahan penggal
6 Sep: Penghujung Penggal 3

Peperiksaan bertulis Bahasa Ibunda pertengahan tahun di Peringkat GCE juga akan dijadualkan semula daripada 1 dan 2 Jun kepada 18 dan 19 Jun, umum Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Mengambil kira cuti pertengahan penggal pada Julai, peperiksaan kefahaman mendengar bagi Bahasa Ibunda dan Bahasa Ibunda B peringkat O dan A akan dijadualkan semula dari 21 dan 22 Jul kepada 27 Jul.

"SEAB akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan dan kebajikan para pelajar dan kakitangan peperiksaan," menurut SEAB dalam satu kenyataan media.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan