COVID-19: Ujian khas bagi kakitangan, kontraktor di VivoCity, HarbourFront Centre
Semua penyewa dan kakitangan di dua pusat beli-belah di HarbourFront perlu menjalani ujian wajib COVID-19, yang dikendalikan hari ini dan esok (30 Jun hingga 1 Jul).
SINGAPURA: Semua penyewa dan kakitangan di dua pusat beli-belah di HarbourFront
perlu menjalani ujian wajib COVID-19, yang dikendalikan hari ini dan esok (30 Jun hingga 1 Jul).
Operasi itu melibatkan VivoCity dan HarbourFront Centre, merangkumi semua kakitangan, pekerja pembersihan, pegawai keselamatan, kontraktor dan duta jarak selamat yang bertugas di sana dari 13 hingga 28 Jun.
Dalam satu pesanan ringkas kepada penyewa, pihak pengurusan di HarbourFront Centre menyatakan tujuan operasi itu adalah untuk mengesan sebarang penularan virus yang sukar dikenalpasti.
Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini pernah menjalankan operasi serupa bagi tempat di mana kes koronavirus dilaporkan, atau serpihan virus dikesan dalam sampel air sisa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.