Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Trump beri amaran AS bakal berdepan angka kematian 'sangat mengerikan'

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran kepada rakyat negara ini untuk bersiap sedia menghadapi angka kematian ‘sangat mengerikan’ akibat wabak COVID-19 pada hari-hari mendatang ketika jumlah korban di seluruh dunia kini melepasi 60,000 mangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Trump beri amaran AS bakal berdepan angka kematian 'sangat mengerikan'

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 02:09PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 02:11PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran kepada rakyat negara ini untuk bersiap sedia menghadapi angka kematian ‘sangat mengerikan’ akibat wabak COVID-19 pada hari-hari mendatang ketika jumlah korban di seluruh dunia kini melepasi 60,000 mangsa.

Jumlah kes jangkitan disahkan di Amerika mencecah lebih 300,000, pada Sabtu (4 Apr), namun Eropah masih paling terkesan dengan pandemik berkenaan yang menyebabkan kira-kira separuh penduduk dunia berkurung dan ekonomi global menanggung kerugian besar.

Lebih 45,000 kematian di dunia dicatatkan di Eropah dengan Britain melaporkan rekod baru angka korban harian yang menjadikan jumlahnya mencecah 4,300, setakat ini daripada 42,000 kes jangkitan.

Setakat ini, ada lebih 1.2 juta kes jangkitan disahkan di seluruh dunia dengan kira-kira 65,000 orang terkorban, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hopkins.

Presiden Trump berkata, Amerika sedang memasuki ‘suatu masa yang akan sangat mengerikan’ dengan ‘angka benar-benar teruk’.

“Ini mungkin adalah minggu yang paling mencabar. Banyak kematian akan berlaku,” katanya di Rumah Putih.

Bagaimanapun pada masa sama, beliau menegaskan, Amerika tidak boleh kekal ‘tutup’ selama-lamanya.

“Langkah-langkah menangani situasi ini berfungi tetapi sekali lagi, kita tidak akan memusnahkan negara ini," tambah beliau.

“Saya sudah katakan dari mula lagi - penawar tidak boleh lebih teruk daripada masalah.”

Ancaman daripada perhimpunan beramai-ramai sekali lagi menjadi perhatian, hujung minggu ini, kali ini di Pakistan di mana pihak berkuasa negara itu sedang giat berusaha mengesan dan kuarantin puluhan ribu orang yang menghadiri satu acara agama besar-besaran pada bulan lalu.

Lebih 150 orang yang menghadiri acara itu disahkan positif dengan dua kematian, setakat ini.

Warga asing dari beberapa negara lain turut menghadiri acara itu yang diteruskan walaupun pemerintah sudah meminta ia dibatalkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Bagaimanapun di Eropah, Itali yang paling terjejas dengan wabak itu mencatatkan penurunan kes jagaan intensif virus berkenaan untuk kali pertama kepada 3,994, semalam, berbanding 4,068 pada Jumaat.

“Ini adalah titik data yang sangat penting,” kata Ketua Perkhidmatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli, sambil menambah bahawa ia ‘memberikan ruang untuk hospital kita bernafas’.

Angka harian untuk kes jangkitan baru di seluruh Itali juga semakin perlahan. 681 kematian baru pula dilaporkan semalam berbanding hampir 1,000 sepanjang seminggu lalu.

Sepanyol yang melaksanakan perintah berkurung di hampir seluruh negara itu, turut melaporkan penurunan angka kematian selama dua hari berturut-turut.

Negara itu mencatatkan 809 korban, menjadikan jumlahnya kini mencecah 11,947, iaitu kedua tertinggi selepas Itali.

Meskipun demikian, Perdana Menteri mengumumkan lanjutan perintah berkurung sehingga 25 April. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan