Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Thailand catat 3 lagi kes jangkitan tempatan

Thailand melaporkan tiga lagi kes jangkitan tempatan COVID-19 hari ini (18 Okt) di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Thailand catat 3 lagi kes jangkitan tempatan

Penduduk terjejas beratur untuk mendapatkan makanan percuma yang diagihkan oleh relawan di sebuah sekolah di Bangkok, Thailand, pada 2 Mei 2020. (Gambar: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 08:35PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 08:39PM

BANGKOK: Thailand melaporkan tiga lagi kes jangkitan tempatan COVID-19 hari ini (18 Okt) di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pesakit baru itu adalah ahli keluarga pasangan warga Myanmar yang tinggal di daerah Mae Sot di Wilayah Tak yang diuji positif minggu ini.

Pesakit baru itu adalah seorang wanita berusia 23 tahun dan anak lelakinya berusia setahun serta anak perempuannya berusia 10 tahun yang tinggal di Mae Sot. Mereka adalah kontak rapat pasangan yang disahkan itu.

“Pesakit menerima rawatan di Hospital Mae Sot di Wilayah Tak,” menurut CCSA dalam kenyataan hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan tujuh kes baru COVID-19 termasuk tiga penularan tempatan dan empat kes import.

Setakat ini, Thailand merekodkan 3,686 kes dengan 59 kematian.

Semalam, Thailand melaporkan kes jangkitan tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand menggiatkan usaha untuk mengesan kontak pasangan itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan