Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Taman permainan, pantai akan dibuka semula di permulaan Fasa 2

Taman permainan dan pantai akan dibuka semula tidak lama lagi sedang Singapura memasuki fasa kedua tempoh selepas pemutus jangkitan pada Jumaat, manakala perpustakaan dan muzium akan kekal ditutup pada permulaan Fasa 2.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Taman permainan, pantai akan dibuka semula di permulaan Fasa 2
Diterbitkan : 18 Jun 2020 12:29AM Dikemas Kini : 18 Jun 2020 12:33AM

SINGAPURA: Taman permainan dan pantai akan dibuka semula tidak lama lagi sedang Singapura memasuki fasa kedua tempoh selepas pemutus jangkitan pada Jumaat, manakala perpustakaan dan muzium akan kekal ditutup pada permulaan Fasa 2 dan "dibuka secara bertahap-tahap kemudian", menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) pada Rabu (17 Jun).

Dengan Fasa 2 bakal bermula pada Jumaat, lebih banyak kemudahan awam dan khidmat fizikal akan dibuka semula, menurut PSD dalam satu kenyataan media.

"Pertimbangan utama kami adalah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam dan kakitangan," tambahnya.

Kemudahan di estet perumahan awam dan taman termasuk kemudahan sukan adalah antara tempat-tempat yang akan dibuka semula.

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, bagaimanapun, kemudahan yang mungkin melibatkan jumlah besar orang berinteraksi dalam ruang tertutup, atau untuk masa yang lama, akan kekal ditutup.

"Tempat-tempat itu mungkin akan dibuka semula kemudian, dan dengan cara terbatas," menurut PSD.

APA YANG DIBUKA PADA 19 JUN

Tempat-tempat yang ditutup semasa Fasa 1 dan akan dibuka semula pada Fasa 2 termasuk tempat-tempat di bawah penyeliaan Lembaga Taman Negara, Penguasa Tanah Singapura (SLA), Perbadanan Pembangunan Sentosa dan Majlis Bandaran.

Taman permainan, taman lungsur, kawasan pancing, pantai, tempat letak kenderaan, serta cawangan makanan dan minuman dan runcit adalah antara tempat-tempat yang akan dibuka semula di taman, taman riadah dan hutan simpanan. Ruang acara juga akan dibuka semula untuk majlis pernikahan.

Kebanyakan kemudahan SportSG serta padang terbuka milik Pemerintah akan dibuka semula.

Semua pantai dan jejak alam di Sentosa juga akan dibuka semula, termasuk taman permainan, sudut bersenam dan tempat duduk di estet perumahan awam.

APA YANG AKAN DITUTUP PADA PERMULAAN FASA 2, TETAPI AKAN DIBUKA BERTAHAP-TAHAP NANTI

Tempat-tempat tertentu akan kekal ditutup pada permulaan Fasa 2 tetapi akan "dibuka secara bertahap-tahap kemudian", menurut PSD.

Ini termasuk: Perpustakaan awam, Bangunan Perpusatakaan Negara, Arkib Negara Singapura, muzium dan institusi warisan, serta ruang pameran atau galeri.

APA YANG DITUTUP SEPANJANG FASA 2

Sedang banyak tempat di taman-taman akan dibuka semula, pit barbeku, tapak perkhemahan, galeri dan daya tarikan di tempat-tempat tersebut akan kekal ditutup, menurut PSD.

Semua tempat persembahan tertutup dan terbuka, seperti pawagam, dewan persembahan dan teater akan kekal ditutup - kecuali bagi kegiatan tempat kerja dan latihan atau bengkel, bergantung kepada langkah pengurusan keselamatan.

Sejajar dengan lebih banyak tempat dibuka semula pada Fasa 2, kegiatan dan kursus di kelab masyarakat akan dapat disambung semula "dengan cara yang terhad", menurut PSD.

Program dan kegiatan sedemikian yang memerlukan kehadiran fizikal boleh dilakukan dalam kumpulan kecil "dengan kepadatan dan masa dikurangkan", tambahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan