Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Syarikat global tingkat usaha bantu pelajar menerusi peluang latihan, sumbang komputer

Syarikat-syarikat global di negara ini meningkatkan usaha untuk menderma komputer-komputer serta menawarkan lebih banyak peluang latihan kepada pelajar yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Syarikat global tingkat usaha bantu pelajar menerusi peluang latihan, sumbang komputer

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederic J Brown)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 07:18PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 07:20PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat global di negara ini meningkatkan usaha untuk menderma komputer-komputer serta menawarkan lebih banyak peluang latihan kepada pelajar yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Murid Darjah 5 Muhammad Muhaimin Nazri, merupakan salah seorang daripada hampir 60 murid dari keluarga berpendapatan rendah yang menerima komputer riba dari firma IT, Tata Consultancy Services.

Seramai 15 pekerja syarikat itu berganding bahu selama lebih sebulan untuk mendapatkan komputer riba baru atau yang diperbaharui sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 pada April lalu.

Firma itu juga menawarkan program latihan untuk lulusan baru menimba kemahiran baru di tengah-tengah kemelesatan ekonomi Singapura.

Syarikat Yoozoo Games pula membelikan 300 komputer riba untuk pelajar Politeknik yang memerlukan.

Ia juga kini menyediakan sekitar 25 latihan amali setiap tahun, naik daripada lima hingga lapan sebelum ini bagi membantu pelajar yang mungkin sulit mendapat peluang latihan.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan