Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Sesetengah pelajar dibenar kembali ke sekolah mulai 19 Mei

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah bagi menarik balik pemutus rantaian jangkitan COVID-19 secara bertahap-tahap, pihak berkuasa akan membenarkan para pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk kembali ke sekolah mulai 19 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Sesetengah pelajar dibenar kembali ke sekolah mulai 19 Mei

Gambar fail pelajar. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 May 2020 04:22PM Dikemas Kini : 02 May 2020 04:23PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah bagi menarik balik pemutus rantaian jangkitan COVID-19 secara bertahap-tahap, pihak berkuasa akan membenarkan para pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk kembali ke sekolah mulai 19 Mei. Ini menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Sabtu (2 Mei).

"Kami akan memberi tumpuan pada mulanya untuk kohort yang bakal menamatkan persekolahan dan menduduki peperiksaan nasional. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan kemudahan sekolah bagi kerja kursus dan sesi praktikal," kata Encik Wong dalam satu sidang media maya yang diadakan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19.

Keutamaan juga akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan sokongan tambahan semasa musim cuti sekolah yang akan bermula pada Mei dan bukan Jun tahun ini.

"Institut Pengajian Tinggi (IHL), khususnya ITE, akan menyambut semula lebih banyak kumpulan pelajar ke kampus bagi perundingan, projek atau praktikum penting," katanya. Para pelajar yang kembali semula ke sekolah akan melakukannya secara bertahap-tahap sepanjang hari.

Bagaimanapun, Encik Wong memberi amaran bahawa "sedang kita membuka semula premis-premis ini, syarat-syarat penting perlu dilaksanakan dan ia adalah garis panduan serta syarat lebih ketat bagi menjaga keselamatan di tempat kerja".

"Apabila pelajar datang, kita meletakkan mereka dalam kumpulan berasingan dalam kohort mereka. Kita tidak akan membuka seluruh sistem sekolah sama sekali," kata Encik Wong.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata dua minggu pertama cuti sekolah pertengahan tahun akan menjadi "masa yang diperuntukkan" untuk para guru.

"Ini adalah sesuatu yang selalu kita lakukan, untuk memberi guru masa untuk berehat serta mengecas semula tenaga walaupun kita tahu banyak di antara mereka menggunakan waktu tersebut untuk merancang pelajaran dan tetap berhubungan dengan pelajar," tambahnya.

Mulai 19 Mei, sekolah-sekolah akan mula menyambut semula para pelajar dari kohort yang akan menamatkan persekolahan, terutamanya mereka yang dalam Darjah 6, Menengah 4 dan 5, Maktab Rendah 2 serta prauniversiti 3.

"Kami tahu bahawa para pelajar ini berasa bimbang tentang persiapan bagi peperiksaan nasional mereka dan pembelajaran di rumah tidak dapat menggantikan sepenuhnya bimbingan serta pelajaran di dalam bilik darjah," kata Encik Ong.

Kepulangan pelajar ke sekolah akan dilakukan dalam cara yang "teliti dan tersusun" dengan langkah jarak selamat dilaksanakan, kata menteri itu.

Dengan kembali ke sekolah dalam kumpulan kecil pada hari-hari terpilih, para pelajar akan direnggangkan dalam pekarangan sekolah dan berjumpa guru secara satu persatu atau dalam kumpulan kecil. Pelajar yang kembali ke sekolah perlu memakai pelitup muka.

"Sepanjang tempoh cuti sekolah, sekolah-sekolah juga akan terus mendampingi para pelajar dengan lebih banyak keperluan serta menyediakan penjagaan bagi mereka yang ibu bapanya bekerja dalam khidmat penting dan tidak dapat memperolehi aturan jagaan alternatif."

Guru-guru yang dikerahkan untuk bekerja dalam dua minggu pertama Mei akan diberikan "masa rehat yang dikhususkan" bagi baki bulan itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) menambah dalam kenyataan media pada hari yang sama bahawa walaupun pembelajaran diteruskan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan menerusi pembelajaran di rumah (HBL), "kami menyedari akan kerisauan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa kohort yang akan menamatkan persekolahan, yang perlu menduduki peperiksaan nasional tahun ini". 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan