Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Semua pelawat ke S'pura mesti serah borang perisytiharan kesihatan secara online, mulai 27 Mac

Mulai jam 9.00 pagi Jumaat, 27 Mac, semua pelawat yang tiba di Singapura perlu menyerahkan perisytiharan kesihatan secara online sebelum menuju ke pemeriksaan imigresen. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (23 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Semua pelawat ke S'pura mesti serah borang perisytiharan kesihatan secara online, mulai 27 Mac

Imbasan suhu dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi (Gambar: REUTERS/Yiming Woo)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 07:18PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 07:20PM

SINGAPURA: Mulai jam 9.00 pagi Jumaat, 27 Mac, semua pelawat yang tiba di Singapura perlu menyerahkan perisytiharan kesihatan secara online sebelum menuju ke pemeriksaan imigresen. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (23 Mac).

Para pelawat termasuk penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang - perlu menyerahkan perisytiharan mereka menerusi e-khidmat SG Arrival Card (SGAC).

ICA menyatakan perisytiharan kesihatan akan disediakan sebelum 27 Mac agar pelawat yang dijadual sampai pada hari itu boleh mengisinya sebelum ketibaan mereka, kata ICA.

"Syarat kemasukan baru ini adalah langkah berjaga-jaga tambahan untuk mengurangkan risiko mengimport COVID-19 ke dalam Singapura dan ia akan tertakluk kepada penilaian lanjut berdasarkan keadaan sejagat COVID-19," menurut ICA dalam kenyataan medianya.

Pihak berkuasa itu menambah fungsi perisytiharan kesihatan online yang baru ini dibangunkan dengan rundingan bersama Kementerian Kesihatan (MOH) dan disepadukan sepenuhkan dengan sistem imigresen ICA.

Semua penduduk dan pemegang pas jangka panjang yang menyerahkan perisytiharan kesihatan mereka perlu menekan pilihan 'Residents' (Penduduk) di laman web tersebut. Mereka kemudian akan dibawa ke satu laman untuk memberikan maklumat kesihatan dan perjalanan mereka baru-baru ini serta butiran peribadi dan cara menghubungi mereka.

ICA menyatakan: "Semua pelawat boleh menyerahkan perisytiharan kesihatan mereka seawal tiga hari sebelum tiba di Singapura".

Mereka perlu menyerah semula perisytiharan kesihatan jika terdapat sebarang perubahan pada keadaan kesihatan atau sejarah perjalanan mereka sebelum tiba di Singapura. ICA menambah mereka yang membuat perisytiharan palsu boleh didakwa di bawah Akta Penyakit Berjangkit. Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000 dan dipenjara enam bulan. Pesalah berulang pula menghadapi hukuman seganda daripada denda-denda berkenaan.

Apabila peraturan itu berkuat kuasa kelak, mereka yang belum menyerakan perisytiharan kesihatan mereka secara elektronik sebelum tiba di Singapura perlu melakukan demikian ketika sampai ke pusat pemeriksaan, yang mungkin boleh melengahkan pelepasan imigresen mereka, tambah ICA.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan