Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Sekatan jalan raya dilaksanakan di pintu masuk Sandakan mulai 30 Sep

Sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan bagi kenderaan dari zon merah di Sabah yang hendak memasuki Sandakan mulai hari ini (30 Sep) bagi mencegah penularan COVID-19 ke daerah Sandakan, menurut Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Sekatan jalan raya dilaksanakan di pintu masuk Sandakan mulai 30 Sep

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 07:15PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 07:22PM

SANDAKAN: Sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan bagi kenderaan dari zon merah di Sabah yang hendak memasuki Sandakan mulai hari ini (30 Sep) bagi mencegah penularan COVID-19 ke daerah Sandakan, menurut Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin.

"Semua kenderaan dari zon merah (Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak) dilarang masuk ke daerah Sandakan sehingga keadaan terkawal.

"Mereka yang membawa barangan keperluan (essential goods) dikehendaki menjalani ujian swab di pintu masuk daerah Sandakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wong, SJR itu dilaksanakan di Batu 32, Ulu Dusun iaitu pintu masuk ke Sandakan.

Katanya, sekatan dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan selama 24 jam setiap hari.

Sehingga semalam, Sabah mencatatkan kes COVID-19 baru tertinggi dengan dua kluster baru dikenal pasti iaitu Jalan Bomba dan Jalan Utara, kedua-duanya di Sandakan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan