Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: S'pura mungkin harus pertimbang ganti syarat pengasingan 2 minggu dengan 'ujian lebih ketat' bagi pelawat: Ong Ye Kung

Singapura mungkin harus menimbangkan langkah menggantikan tempoh pengasingan dua minggu dengan "ujian COVID-19 lebih ketat" ke atas pelawat sebagai sebahagian daripada usaha untuk "memulihkan" hab udara negara ini, menurut Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: S'pura mungkin harus pertimbang ganti syarat pengasingan 2 minggu dengan 'ujian lebih ketat' bagi pelawat: Ong Ye Kung

Singapura mungkin harus menimbangkan langkah menggantikan tempoh pengasingan dua minggu dengan "ujian COVID-19 lebih ketat" ke atas pelawat sebagai sebahagian daripada usaha untuk "memulihkan" hab udara. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 07:31PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 07:37PM

SINGAPURA: Singapura mungkin harus menimbangkan langkah menggantikan tempoh pengasingan dua minggu dengan "ujian COVID-19 lebih ketat" ke atas pelawat sebagai sebahagian daripada usaha untuk "memulihkan" hab udara negara ini, menurut Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.

Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat (14 Ogos), Encik Ong berkata disebabkan pandemik COVID-19 yang berterusan, kedudukan Singapura sebagai lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia, berdasarkan jumlah penumpang antarabangsa kini jatuh ke tempat ke-50.

Pergerakan pesawat kini hanya 150 setiap hari, berbanding lebih 1,000 sehari sebelum ini.

Ucapan Encik Ong sempena Hari Kebangsaan di Kementerian Pengangkutan (MOT) disampaikan minggu lalu.

Menurutnya Singapura perlu membangkitkan semula semangat "keinginan dan daya keusahawanan" seperti pada awal tahun-tahun 1980-an apabila Lapangan Terbang Changi pertama kali dibuka dan negara ini " dengan penuh bersemangat dan tekad" berusaha untuk menarik pesawat-pesawat terbang ke sini.

Penerbangan antarabangsa boleh dimulakan dengan negara-negara lain di mana profil risiko jangkitan virus adalah "serupa atau lebih baik daripada" keadaan di Singapura, kata Encil Ong. Beliau menarik perhatian bahawa tempat-tempat itu membentuk sekitar 40 peratus jumlah penumpang ke Singapura sebelum pandemik itu menular.

"Bagaimanapun jumlah penumpang tidak boleh diubah dengan begitu sahaja," tambahnya. "Kita perlu pada masa serentak mengambil langkah-langkah sewajarnya, bersesuaian dengan profil risiko setiap negara, dan mengambil langkah seterusnya sebaik sahaja kita menjadi lebih yakin."

Ini termasuk membuat pilihan sendiri untuk membuka pintu kepada pelawat dari negara-negara dan rantau yang berjaya "mengawal" penularan virus korona, selain menambah laluan hijau timbal balik bagi pelawat perniagaan serta diluaskan kepada pelancong.

"Syarat tempoh pengasingan selama 14 hari adalah isu utama yang mencegah pelawat dan kita mungkin perlu menimbangkan untuk menggantikannya dengan ujian lebih ketat," kata Encik Ong.

Beliau berkata bahawa Singapura perlu membuka sempadannya "untuk bertakat", dan perlu "berhubungan dengan dunia" untuk berkembang maju.

"Untuk berjaya, kita harus menjadi sebuah hab ekonomi global," tambahnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan