Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: S'pura dalam "perbincangan serius" dengan M'sia untuk sambung semula perjalanan rentas sempadan

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata Singapura sedang dalam ''perbincangan serius" dengan Malaysia tentang penyambungan semula perjalanan rentas sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2020 06:40PM Dikemas Kini : 10 Jun 2020 12:14AM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata Singapura sedang dalam ''perbincangan serius" dengan Malaysia tentang penyambungan semula perjalanan rentas sempadan.

Meskipun sempadan dibuka semula secara perlahan-lahan, ia mesti dilakukan dengan cara yang selamat.

Beliau berkata demikian semasa satu wawancara dengan CNA938 hari ini (9 Jun).

"Saya memahami keinginan warga Singapura dan Malaysia untuk pembukaan itu dilaksanakan semula. Namun, di sini saya ingin menyuntik peringatan berhati-hati," kata Dr Balakrishanan.

"Kita hanya berada di tahap awal pembukaan semula. COVID-19 tetap menimbulkan bahaya yang jelas dan masih wujud. Malah, ia adalah satu lagi peringatan untuk Singapura dan Malaysia bahawa meskipun terdapat isu-isu yang mungkin timbul dari semasa ke semasa, kita memerlukan dialog dan konsultasi yang terbuka, jujur dan membina sepanjang masa," ujarnya.

Sedang tempat kerja dibuka semula secara perlahan-lahan, Dr Balakrishnan turut menggalakkan mereka di Singapura supaya menggunakan aplikasi pengesanan kontak TraceTogether sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan.

Beliau menegaskan bahawa TraceTogether adalah pelengkap SafeEntry iaitu sebuah sistem daftar masuk digital.

Dr Balakrishnan menambah, untuk lebih berkesan, sebanyak 75 peratus penduduk Singapura perlu menggunakannya berbanding 25 peratus sahaja. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan