Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: S'pura akan 'menjaga pekerja asing India', PM Lee beri jaminan kepada PM Modi

Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi jaminan kepada rakan sejawatannya dari India Encik Narendra Modi pada Khamis (23 Apr) bahawa Singapura akan menjaga para pekerja warga India di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: S'pura akan 'menjaga pekerja asing India', PM Lee beri jaminan kepada PM Modi

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama Encik Narendra Modi. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 02:17PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 02:20PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi jaminan kepada rakan sejawatannya dari India Encik Narendra Modi pada Khamis (23 Apr) bahawa Singapura akan menjaga para pekerja warga India di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis, Encik Lee mendedahkan tentang perbualan beliau dengan Encik Modi menerusi telefon. Kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai keadaan COVID-19 di negara masing-masing.

Dalam perbualan itu, Encik Lee berkata bahawa beliau mengiktiraf pengorbanan para pekerja asing di Singapura untuk bekerja di sini.

"Saya memberi jaminan kepadanya bahawa kami prihatin terhadap para pekerja warga India di sini, sama seperti kami prihatin terhadap rakyat Singapura. Mereka melakukan pengorbanan peribadi untuk bekerja di sini," kata Encik Lee.

"Mereka sudah banyak menyumbang kepada Singapura, oleh itu kami mempunyai tanggungjawab kepada mereka."

Beliau menambah: "Menghargai pengesahan PM Modi terhadap usaha kami dalam menjaga para pekerja asing, dan jaminannya bahawa mereka tidak akan melupakan hal ini."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Modi atas bantuan India menghantar pulang beberapa rakyat Singapura dari India baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai "hubungan ekonomi meluas" yang dikongsi Singapura dengan India.

"Kami bersetuju untuk bekerjasama menghadapi cabaran yang ditimbulkan pandemik itu, mengekalkan rantaian bekalan, dan memastikan aliran bekalan penting diteruskan," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan