Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Rusia hentikan operasi penerbangan antarabangsa

Rusia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa mulai tengah malam esok (27 Mac) di bawah satu arahan pemerintah yang menyenaraikan langkah baru membendung wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Rusia hentikan operasi penerbangan antarabangsa

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 09:55PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 09:58PM

MOSCOW: Rusia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa mulai tengah malam esok (27 Mac) di bawah satu arahan pemerintah yang menyenaraikan langkah baru membendung wabak COVID-19.

Dekri yang dikeluarkan hari ini (26 Mac) memerintahkan pihak berkuasa penerbangan supaya menghentikan semua penerbangan biasa dan tempahan khas, kecuali penerbangan khas yang memindahkan penduduk Rusia dari luar negara.

Agensi penerbangan awam Rusia, Rosaviatsiya akan menghentikan "perjalanan udara biasa dan tempahan khas dari lapangan terbang Rusia ke lapangan terbang negara asing dan kembali", menurut dekri yang diterbitkan di laman web pemerintah.

Penghentian operasi itu bermula pada tengah malam Jumaat (27 Mac).

Dekri itu menyatakan bahawa penerbangan yang dibenarkan oleh pemerintah Russia akan dikecualikan. Peraturan baru itu tidak termasuk penerbangan domestik di Russia.

Menurut pemerintah, warga Russia yang tidak dapat kembali kerana sekatan yang dikenakan oleh negara tempat mereka berada harus mengambil langkah-langkah untuk kekal selamat.

Dekri itu juga menyeru kementerian kewangan supaya memperuntukkan dana bagi membawa pulang rakyat Russia, sambil menambah bahawa mereka yang kembali akan dikenakan pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin selama dua minggu.

Russia, yang melaporkan 658 kes dan mengumumkan dua kematian berkaitan COVID-19 semalam, sudah menutup sempadannya kepada warga asing minggu lalu.

Pada awal bulan ini, Rusia mengehadkan penerbangan menuju atau dari Kesatuan Eropah (EU).

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan