Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Robot ganti siswa Jepun di majlis konvokesyen

Majlis konvokesyen merupakan hari yang paling dinanti-nantikan setiap siswazah dan menjadi detik bersejarah selepas berjaya menamatkan pengajian. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Robot ganti siswa Jepun di majlis konvokesyen

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Apr 2020 09:07PM Dikemas Kini : 07 Apr 2020 09:10PM

TOKYO: Majlis konvokesyen merupakan hari yang paling dinanti-nantikan setiap siswazah dan menjadi detik bersejarah selepas berjaya menamatkan pengajian.

Dengan keadaan pandemik COVID-19 sekarang ini, para graduan tidak dibenarkan hadir dalam perhimpunan besar bagi membendung penularan virus korona. Namun, ini tidak menghalang berlangsungnya upacara itu di sebuah universiti di Jepun.

Dengan suntikan daya kreatif yang menarik, para graduan Universiti Business Breakthrough di Tokyo masih boleh menghadiri acara itu dengan diwakili robot yang dikawal dari rumah.

Robot yang dinamakan "Newme" itu dibangunkan syarikat ANA Holdings. Lengkap menggayakan pakaian jubah dan topi tamat pengajian, satu persatu bergerak ke depan untuk menerima ijazah bagi pihak graduan dengan skrin '"muka" robot itu memaparkan wajah siswazah.

Seperti upacara konvoksyen lazimnya, setiap "siswazah' yang menerima ijazah daripada Presiden Universiti itu, Kenichi Ohmae diiringi dengan tepukan dan ucap tahniah.

"Saya rasa ini adalah pengalaman baru untuk menerima sijil di khalayak ramai sementara saya berada di ruang peribadi," kata Kazuki Tamura menerusi avatar komputernya semasa menerima ijazah.

Universiti itu berharap caranya yang kreatif dan inovatif itu boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah lain supaya siswazah dapat terus menikmati dan merakamkan majlis tamat pengajian mereka sambil mengelak perhimpunan besar. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan