Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: PM Lee gesa mereka yang pulang dari luar negara untuk duduk rumah, asingkan diri

Amalkan sikap bertanggungjawab dan duduk di rumah jika anda baru pulang dari luar negara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Rabu (25 Mac) selepas satu sidang Parlimen yang membentangkan secara menyeluruh perkembangan terkini tentang penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: PM Lee gesa mereka yang pulang dari luar negara untuk duduk rumah, asingkan diri

Gambar fail Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 31 Jan (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Mar 2020 10:48PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 11:22PM

SINGAPURA: Amalkan sikap bertanggungjawab dan duduk di rumah jika anda baru pulang dari luar negara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Rabu (25 Mac) selepas satu sidang Parlimen yang membentangkan secara menyeluruh perkembangan terkini tentang penularan COVID-19.

"Anda mesti melindungi keluarga anda dan semua orang lain, sebagai perlindungan jika dijangkiti, yang malangnya akan berlaku kepada sebahagian orang yang baru pulang. Saya gembira ramai bersikap bertanggungjawab dengan kekal berada di rumah tetapi ada yang tidak," tambahnya.

"Sila patuh - anda tidak bertanggungjawab bila anda merayau untuk keluar makan atau pergi berpesta dengan kawan-kawan, bila anda sepatutunya duduk di rumah dan mengasingkan diri anda. Anda juga melanggar undang-undang."

Singapura telah menyaksikan lonjakan dalam jumlah kes import COVID-19, ramai daripada mereka penduduk Singapura yang pulang dari luar negara.

Sehingga Rabu, terdapat 631 kes virus korona di sini, dengan 160 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang. Dua orang maut akibat penyakit itu.

Pihak berkuasa mengetatkan langkah-langkah untuk memperlahankan penularan virus itu sejak kebelakangan ini dan mereka yang pulang dari sebarang negara perlu menjalani tempoh notis duduk di rumah selama 14 hari. Langkah-langkah jarak selamat juga telah diperkenalkan untuk mencegah jangkitan tempatan, dengan menghadkan perhimpunan kepada 10 orang atau kurang.

Awal daripada itu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar K Shanmugam memberitahu Parlimen bahawa mereka yang melanggar notis duduk di rumah akan didakwa di mahkamah. Mereka yang didapati bersalah akan didenda hingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong memberitahu warga Singapura untuk bersedia menghadapi "lonjakan yang dijangkakan" pada jumlah kes COVID-19 dalam minggu-minggu mendatang.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak COVID-19 dengan Encik Gan juga memberi amaran bahawa wabak itu adalah satu "perjuangan amat panjang". 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan