Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Pemandu teksi diwajibkan cetak resit bagi penumpang yang tahan teksi di jalan raya

Para pemandu teksi kini diwajibkan untuk mencetak resit bagi para penumpang yang menahan teksi di jalan raya, tidak kira samada penumpang tersebut memintanya ataupun tidak.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Pemandu teksi diwajibkan cetak resit bagi penumpang yang tahan teksi di jalan raya

Gambar fail pemandu teksi yang sedang menanti penumpang. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 13 Jun 2020 05:16PM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 05:18PM

SINGAPURA: Para pemandu teksi kini diwajibkan untuk mencetak resit bagi para penumpang yang menahan teksi di jalan raya, tidak kira samada penumpang tersebut memintanya ataupun tidak.

Dalam satu respons kepada pertanyaan Mediacorp pada Sabtu (13 Jun), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa langkah tersebut "menyokong usaha pengesanan kontak apabila berlakunya keperluan".

Undang-undang tersebut, yang dikuat kuasa pada Khamis, juga menyokong pelaksanaan kod SafeEntry QR - terutamanya bagi para penumpang yang mungkin tidak boleh mengimbas kod QR, menurut pihak berkuasa.

Para pemandu teksi yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda S$50.

"Syarat memberikan resit bukan sesuatu yang baru," menurut LTA, sambil menambah bahawa pihaknya sudah bekerjasama dengan para pengendali teksi untuk memerintahkan para pemandu berbuat demikian sejak April 2020.

"Sekiranya ada maklum balas terhadap pemandu yang tidak menatuhi peraturan itu, LTA akan menyiasat berdasarkan keadaan setiap kes."

LTA menambah bahawa para penumpang yang menempah teksi menerusi aplikasi telefon bimbit bagaimanapun akan terus menerima resit elektronik dan tidak perlu diberikan resit kertas.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia amat menggalakkan para penumpang untuk menyimpan resit teksi mereka untuk sekurang-kurangnya 14 hari.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan