Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: New Zealand mula program vaksinasi

 New Zealand hari ini (20 Feb) memulakan program vaksinasinya dengan kakitangan barisan hadapan menjadi antara yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: New Zealand mula program vaksinasi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 04:45PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 04:49PM

WELLINGTON: New Zealand hari ini (20 Feb) memulakan program vaksinasinya dengan kakitangan barisan hadapan menjadi antara yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech.

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield berkata usaha memberikan vaksin kepada kakitangan sempadan menandakan satu langkah penting bagi melindungi mereka yang berisiko lebih tinggi dijangkiti COVID-19.

Ini di samping mengurangkan risiko penularan virus tersebut dalam kalangan masyarakat.

Program vaksinasi itu, menurut beliau, adalah yang terbesar pernah dilaksanakan dalam sejarah New Zealand.

Program tersebut akan dilancarkan di ibu kota Wellington dan bandar Christchurch pada minggu depan.

Sekitar 12,000 pekerja sempadan dan kuarantin akan diberikan suntikan vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Program vaksinasi tersebut akan mengambil masa selama setahun. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan